Aksi manja curi perhatian, selebriti 'tayang' haiwan kesayangan nilai cecah jutaan ringgit


  • Hiburan
  • Selasa, 07 Feb 2023

Selebriti popular antarabangsa bersama haiwan peliharaan mereka yang sudah dianggap sebagai ahli keluarga.

SELAIN memiliki teman bual, haiwan peliharaan juga mampu menjadi pendengar yang setia kerana ia memiliki cara tersendiri untuk meluahkan rasa sayang dan prihatin terhadap tuannya.

Justeru, ramai yang menjadikan haiwan peliharaan sebagai teman untuk bercerita atau gurau senda.

Telatah mereka yang comel membuatkan si pemilik terhibur. Pelbagai haiwan boleh dijadikan pilihan mengikut cita rasa masing-masing.

Pilihan yang digemari tentunya kucing, anjing, ikan, burung dan arnab antara yang popular dan sering dipelihara malahan ada yang menganggap ia sebagai ahli keluarga sendiri.

Berikut antara selebriti popular antarabangsa yang berkongsi detik indah bersama haiwan kesayangan mereka yang rata-rata menjadikan kucing dan anjing sebagai peliharaan.

Nicole Kidman

majoriti2023 (17)

Pada Julai 2019, aktres Nicole Kidman berkongsi khabar gembira tentang haiwan peliharaannya apabila berjaya memiliki seekor anak anjing yang diberi nama Julian.

Kidman mengakui dia berasa teruja kerana impiannya untuk memiliki anjing akhirnya tercapai. Kidman juga beberapa kali dilihat kerap berkongsi gambar Julian di media sosialnya.

Taylor Swift

majoriti2023 (18)

Haiwan peliharaan penyanyi popular, Taylor Swift bernama Olivia Benson mencatat sejarah tersendiri baru-baru ini. Olivia dikatakan menjadi haiwan peliharaan ketiga terkaya di dunia dengan nilai bersih AS$97 juta (RM413 juta) dan kejayaan tersebut disahkan oleh laman web AllAboutCats.com.

Swift mula memelihara Olivia sejak 2014 dan dia turut mempunyai dua skucing lain bernama Meredith Grey dan Benjamin Button.

Kendall Jenner

majoriti2023 (20)

Model jelita berusia 27 tahun, Kendall Jenner memiliki seekor anjing jenis Doberman sebagai haiwan peliharaan. Pada waktu lapang, Jenner akan membawa sendiri anjing yang diberi nama Pinscher Pyro untuk bersiar-siar.

Meskipun sibuk dengan kepadatan jadual kerja, Jenner tetap berusaha untuk menghabiskan masa dengan Pyro sebagai salah satu rawatan psikologi bagi membantu dirinya mengatasi anxiety.

Justin Bieber

majoriti2023 (19)

Penyanyi, Justin Bieber mula memelihara seekor anjing daripada baka Maitese Yorkie bernama Oscar pada Disember 2018. Selepas berkahwin, isterinya, Heiley Bieber memanggil Oscar sebagai Bayi Krismas manakala Bieber memberikan nama panggilan sebagai Dogson.

Kemudian pada November 2022, Bieber mengambil seekor lagi anjing betina yang diberi nama Piggy Lou Bieber.

Pasangan Bieber itu menganggap Piggy Lou Bieber sebagai adik perempuan kepada Oscar dan kerap memuat naik gambar kedua-dua haiwan comel itu di media sosial.

Miss Grand Thailand 2022

majoriti2023 (21)

Jelitawan yang juga pemenang tempat kedua Miss Grand Thailand 2022, Heidi Amanda Jensen mempunyai seekor kucing sebagai haiwan peliharaan bernama Fondue. Sementara itu, seorang lagi finalis top 10 Miss Grand Thailand 2022, Charlotte Austin pula memiliki sesekor arnab bernama Phalo.

Charlotte kerap memuat naik gambar dan video bersama Phalo di media sosial selain sesekali akan membawa bersama haiwan kesayangannya itu ke sesi latihan persembahan.

Perkara itu turut dilakukan oleh pemilik takhta Juara Miss Grand Thailand 2022, Engfa Waraha. Engfa yang memiliki seekor anjing dan memanggilnya dengan panggilan Dumpling.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram