KEBIASAANNYA mereka yang bekerja di pejabat menghabiskan lebih banyak masa di pejabat dengan duduk dan menatap skrin komputer selama berjam-jam.
Akibatnya, ia mengakibatkan seluruh badan berasa letih dan sakit yang mana keletihan itu tidak boleh disamakan dengan senaman.
Jadi, bagi yang suka bersukan, jangan korbankan aktiviti sihat ini kerana bekerja.
Masa tidak lagi menjadi masalah, kerana terdapat banyak jenis senaman yang boleh dimasukkan ke dalam rutin harian tanpa menjejaskan waktu bekerja.
Berikut merupakan faedah bersukan untuk pekerja pejabat.
1. Mengurangkan risiko penyakit
Bukan rahsia lagi bahawa salah satu kesan positif senaman adalah tubuh yang lebih sihat dan cergas.
Malah, ia bukan sekadar penyakit biasa, senaman yang kerap dilakukan juga dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit kronik, seperti strok, diabetes dan kanser.
Bersenam juga boleh melancarkan peredaran darah dan menurunkan paras kolesterol dalam badan.
2. Rasa lebih gembira
Bersenam boleh menjadikan otak menjadi lebih sensitif kepada hormon serotonin dan norepinephrine, yang boleh mengurangkan kemurungan. — Agensi
Tidak kira apa sahaja jenis senaman yang dilakukan, aktiviti ini terbukti secara saintifik dapat meningkatkan mood dan mengurangkan masalah kebimbangan, kemurungan serta tekanan.
Dengan bersenam, otak menjadi lebih sensitif kepada hormon serotonin dan norepinephrine, yang boleh mengurangkan kemurungan.
Senaman juga boleh merangsang pengeluaran endorfin, yang boleh membantu mewujudkan perasaan positif.
3. Meningkatkan tahap tenaga
Badan yang jarang bergerak aktif biasanya akan berasa letih dan lemah.
Ini akan berbeza mengamalkan hobi bersukan. Selain mood yang bertambah baik, keadaan badan anda juga akan meningkat dari segi stamina dan tenaga.
Seseoang tidak mudah berasa letih apabila aktif kerana enaman yang kerap sebenarnya dapat mengekalkan jantung dan paru-paru yang sihat untuk bekerja dengan lebih cekap.
4. Meningkatkan produktiviti
Bersenam juga bermanfaat untuk kesihatan mental, malah meningkatkan produktiviti. — Agensi
Selain dapat membuatkan badan rasa lebih cergas dan sihat, bersenam juga bermanfaat untuk kesihatan mental, malah meningkatkan produktiviti.
Senaman yang kerap telah terbukti memberi kesan seperti meningkatkan tumpuan, menajamkan ingatan, meningkatkan kreativiti, meningkatkan mood, dan mengurangkan tekanan.
Penyelidikan juga mendapati bahawa hobi sukan boleh mengubah sikap dan pandangan terhadap kerja, pasukan dan diri mereka sendiri.
5. Sebagai medium pergaulan
Selain pelbagai kesan kesihatan, senaman juga boleh digunakan untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan.
Stres akibat tarikh akhir projek atau tiada mood selepas menerima kritikan pedas dari bos juga dapat dikurangkan dengan meluangkan sedikit masa untuk berjoging atau berenang bersama rakan pejabat.
Kebersamaan ini juga boleh menjadi masa yang baik untuk berkongsi keluhan dan berehat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram