WANITA yang gemar mengamalkan cara berpantang sendiri selepas melahirkan anak merupakan pilihan tepat.
Hal ini kerana perkara itu sangat penting bagi memastikan tubuh badan si ibu mampu pulih dan pulih seperti sedia kala.
Terpulang kepada seseorang individu itu sama ada mahu berpantang dengan kaedah moden mahupun tradisional selagi ia dilakukan dengan betul.
Namun, Pegawai Perubatan Obstetrik dan Ginekologi, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak menerusi laman Facebooknya memberi 16 cadangan cara berpantang buat wanita selepas melahirkan anak.
Cadangan tersebut adalah:
Aktiviti merokok merupakan perkara yang perlu dielakkan oleh ibu yang melahirkan anak. — Gambar hiasan
1) Pantang merokok. Berhenti merokok. Suami dan semua yang berada dalam rumah perlu berhenti merokok.
2) Pantang makanan yang ibu alergik atau alahan. Kalau tak ada allergik, makan macam biasa. Makan secara sihat dan pilih makanan berkhasiat.
3) Pantang limit (had) pengambilan air - minum air mencukupi; air panas, air sejuk dan air suam. Minum je, tak ada masalah.
Segala air yg masuk dalam badan ibu akan bertukar ikut suhu badan ibu. Ibu minum air sejuk, tak tukar susu badan jadi ice blended pun. Jangan risau.
4) Pantang makan berlebihan. Pantang makan terlalu banyak garam, pantang makan atau minum manis-manis, pantang makan makanan berproses, pantang makan junk food. Untuk seumur hidup, Bukan 44 hari, 100 hari atau 1000 hari.
5) Pantang makan ubat atau produk kurus. Nak kurus cepat - Susu badan !
6) Pantang bersama dengan suami. Tunggu darah nifas kering dulu. Bawa bersabar.
7) Pantang menyentuh luka jahitan tanpa cuci tangan. Nak luka cepat sembuh, ikut cakap doktor dan cakap misi (jururawat). Makcik bawang suruh sapu manjakani, kunyit, serbuk cili ke apa, abaikan.
Ibu yang bersalin juga perlu menjaga kebersihan diri. — Gambar hiasan
8) Pantang tidak menjaga kebersihan diri. Da kenapa tak mandi masa berpantang? Hobi eh?
9) Pantang pakai baju atau bengkung ketat-ketat di atas luka, sehingga luka sembuh. Nak pakai kain atau seluar ke tiada masalah. Mana-mana yang ibu suka dan selesa. Nak pakai seluar pun dipandang semacam berdosa besar.
10) Pantang merawat diri sendiri jika ada masalah: darah nifas banyak, sakit perut yang teruk, demam, buah dada bengkak, nifas berbau busuk, rasa nak pitam — semua jumpa doktor. Jangan tanya kat Facebook atau twidder (Twitter) nak buat apa. Yang acah-acah jadi doktor pun kena jauhi.
Ibu bersalin akan cepat pulih sekiranya bergerak aktif. — Gambar hiasan
11) Pantang tidak berjalan dan baring memanjang. Lagi banyak berjalan, lagi aktif, lagi cepat ibu pulih. Risiko darah beku (thrombosis) pun kurang.
12) Pantang dari biarkan orang ramai sepupu sepapat datang rumah. Bagi peluang ibu nak berehat. Nak susukan baby pun susah orang tak putus-putus datang.
13) Pantang beli produk-produk yang anda tidak mengetahui bahan kandungannya atau kesan sampingannya. Tak perlu makan jamu. Simpan duit beli keperluan baby (bayi).
Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. — Gambar hiasan
14) Pantang bagi baby makanan atau minuman melainkan susu ibu atau susu formula khas untuk baby atau ubat yang dinasihatkan oleh doktor. Susu ibu makanan terbaik untuk baby. Lepas 6 bulan da boleh start (mulakan) makanan pejal.
15) Pantang memberikan tekanan perasaan pada ibu dengan memaksa ibu berpantang dan elakkan makanan-makanan berkhasiat seperti pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang baik untuk kesihatan.
16) Paling penting, pantang dari menyakitkan perasaan ibu dengan mengecam segala perbuatan dan kehendak ibu. Apa dia nak buat, kita support (sokong). Apa dia nak makan, biarkan dia makan.
Ibu perlu happy (gembira) ketika berpantang. Jangan takut-takutkan ibu dengan segala macam perkara yang tak berasas. Berpantang bukan tempoh seksaan untuk ibu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram