SEORANG lelaki di Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia mempunyai hobi unik iaitu menyimpan barang-barang milik orang mati.
Lelaki bernama Sutarji dan berusia 62 tahun itu melakukan perkara tersebut bagi memenuhi keinginannya untuk bertemu roh.
Penduduk Desa Aryojeding, Kecamatan Rejotangan, Kabupaten Tulungagung ini mempunyai banyak koleksi pelik hasil usahanya mengumpul barangan peninggalan orang yang telah meninggal dunia.
Bermula dari tali kafan mayat, topi keledar mangsa kemalangan, jaket orang mati, hinggalah kepada tali yang digunakan orang untuk menggantung diri.
Antara koleksi barangan pelik yang dikumpul Sutarji. — Agensi
Niat lelaki itu hanya untuk bertemu dengan makhluk astral atau hantu.
Sehinggalah akhirnya bapa kepada dua cahaya mata itu memulakan hobi uniknya mengumpul atap kubur untuk bertemu hantu.
Barang itu dibawa pulang olehnya untuk memenuhi keinginannya bertemu hantu.
"Saya fikir jika atap kubur itu dibawa pulang hantu akan datang. Tak sampai juga,” katanya.
Setakat ini, sembilan atap kubur yang diambilnya dari perkuburan itu adalah sebahagian daripada koleksi muzium ghaibnya.
Selepas kejadian itu, hobi dan keinginan Sutarji untuk mengumpul objek mistik semakin bertambah.
Malahan, dia juga mengambil keranda yang dianggap berhantu dan disimpan sebagai koleksi.
Keranda itu sengaja dibuang kerana dipercayai membawa malang berikutan telah membawa 43 mayat dalam masa 47 hari.
Dengan keranda yang digelar "wingit" itu, Sutarji juga sempat melakukan aksi pelik.
“Saya pernah tidur dalam keranda itu, kemudian orang bawa saya ke kubur. Ternyata saya tidak berjumpa hantu pun,” katanya.
Keranda berhantu ini dikatakan telah membawa 43 mayat dalam masa 47 hari. — Agensi
Sehingga akhirnya, setiap kali ada yang ditimpa kemalangan dan meninggal dunia, Sutarji mengambil barang yang tinggal atau tertinggal.
Bagaimanapun, objek itu hanya menjadi koleksi, dan tidak membuatnya bertemu hantu.
Apa yang paling membuatkan penduduk teruja dengan tindakan nekad Sutarji untuk bertemu hantu adalah apabila dia memberanikan diri mengambil batu keramat di kampung itu.
Batu punden Kampung Aryo Jeding juga merupakan koleksi turun temurun di penempatan itu.
Batu berhantu itu sering digunakan oleh orang ramai untuk upacara peringatan orang yang telah pergi (meninggal) di kampung berkenaan.
Mereka membawa persiapan lengkap dengan ayam panggang sebagai persembahan.
“Saya lihat batu itu diberi persembahan ayam maka akhirnya saya membawanya pulang,” kata Sutarji,
Ketika itu, penduduk mengingatkan Sutarji bahawa nyawanya boleh terancam kerana hantu batu tersebut.
Namun kerana sikapnya yang degil, Sutarji tidak mengendahkan amaran itu dan menganggapnya sebagai mitos.
Sutarji mengakui masih belum bertemu roh atau hantu meskipun mempunyai banyak barangan mistik. — Agensi
Sutarji yakin ajal maut semuanya terletak di tangan ALLAH, bagaimanapun dia sekali lagi gagal menemui roh tersebut apatah lagi mengancam nyawanya.
Batu itu kemudiannya disusun bersama dengan koleksi eksentrik lain.
Walaupun begitu, Sutarji masih membenarkan orang ramai melakukan tradisi mereka dengan batu tersebut.
“Selepas ada orang membuat upacara, saya panggil jiran-jiran makan ayam panggang,” ujar Sutarji.
Suami kepada Tasmiati yang berusia 54 tahun itu juga mengumpulkan sepasang baju pengantin tradisional Jawa.
Pakaian yang dipakai pasangan pengantin pada hari perkahwinan mereka itu telah meninggal dunia pada tahun 1974.
Pasangan pengantin tersebut meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, di Sendang Biru, Kabupaten Malang.
“Ketika itu saya masih muda, masih suka berlumba di sana.
"Apabila perlumbaan berlaku, saya mengambil pakaian itu dan membawanya pulang," kongsi Sutarji. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram