Bukan mudah bergelar 'gamers', fahami 5 perkara ini


  • Hobi
  • Jumaat, 03 Jun 2022

Hobi bermain permainan video juga boleh menjana pendapatan. — Agensi

TERDAPAT sebahagian manusia, tidak kira lelaki atau perempuan suka melakukan aktiviti yang boleh menjana pendapatan.

Sebagai contoh, ada di antara mereka menjana pendapatan menerusi hobi bermain permainan video (game), kemudian membuat siaran langsung (live streaming) di Youtube.

Mereka juga dikenali sebagai gamer dan live streamer.

Meskipun hobi ini boleh menjana pendapatan, tidak semua sanggup melakukannya kerana ia juga mempunyai cabaran tersendiri.

Bagi memahami seorang gamer dan live streamer, berikut merupakan huraian ringkas tentang kehidupan mereka.

1. Perlu bangun awal untuk bermain game dan live streaming

Bagi wanita atau lelaki yang sukakan hobi bermain game sambil live streaming, mereka perlu bangun awal untuk menjana wang kerana pada ketika ini pemain dan peminat permainan video sedang aktif (berjaga dan bermain).

gamers 2

Gamers kebiasaannya melakukan live pada awal pagi .

2. Pandai mengatur masa

Hanya gamer tahu bila masanya live stream akan mempunyai jumlah penonton yang tinggi, jadi mereka hanya bekerja pada masa itu sahaja.

Kebiasaannya waktu yang ramai penonton adalah pada awal pagi dari 12 tengah malam hingga Subuh.

3. Ada target yang perlu dicapai

Dalam permainan juga ada sasaran yang perlu dicapai, terutama untuk permainan video yang mempunyai tangga kedudukan (ranking).

Oleh yang demikian, bagi gamers mereka akan fokus untuk mencapai sasaran tertinggi dalam permainan hingga ada ketikanya terlupa siang dan malam.

4. Tingkatkan kemahiran kepimpinan

Dalam permainan berkumpulan, sudah pasti strategi itu penting dan di sini mereka dominan akan mengetuai pasukan gamers itu.

gamers 3

Mobile Legends merupakan antara permainan video yang bergenre strategi. — Agensi

Permainan video semasa penstriman juga boleh membuatkan otak berfikir dan akan menarik penonton dengan bermain permainan perang, seperti Mobile Legends, PUBG, LOL dan sebagainya.

5. Menambah rakan

Sudah pasti semasa bermain secara online atau ketika live streaming, gamers akan bertemu dengan ramai orang baru setiap hari.

Di situ mereka akan berkenalan, berkongsi ilmu dan seterusnya menjadi rakan dalam game.

Meskipun bermain permainan video boleh menjana pendapatan, bagi mereka yang bersekolah pastikan fokus utama diberikan kepada pelajaran kemudian baru manfaatkan masa lapang dengan hobi yang disukai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram