Nak kurangkan tekanan, pakar syor 6 jenis makanan


  • Sihat
  • Khamis, 02 Jun 2022

Terdapat pelbagai makanan boleh diambil bagi mengurangkan tekanan perasaan. — Gambar hiasan/Agensi

DI sebalik tekanan hidup kita yang semakin meningkat, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk menghilangkan stres sebenarnya.

Ini termasuk melakukan hobi atau meluangkan masa bersama rakan dan keluarga.

Namun selain itu, terdapat juga beberapa makanan yang sihat dan berkhasiat yang boleh anda nikmati untuk melegakan tekanan dan kemurungan.

Berikut adalah 6 jenis makanan yang disarankan oleh pakar pemakanan, Dr Archana Batra.

1. Teh Chamomile

chamomile-tea

Teh Chamomile juga mengurangkan rasa sakit perut dan cirit-birit. —Gambar hiasan

Terdapat bukti yang menyatakan kelebihan perubatan Chamomile, seperti penurunan ketara dalam tekanan dan menggalakkan tidur nyenyak dalam individu.

Secawan teh Chamomile atau teh hitam yang hangat memberikan kesan menenangkan yang melegakan saraf anda dan mengurangkan tekanan dalam badan anda.

Teh Chamomile telah menunjukkan kesan santai pada sakit senggugut dan merawat beberapa masalah penghadaman seperti loya dan kembung perut.

Ia mempunyai kesan anti-radang yang boleh membantu anda mengurangkan rasa sakit perut dan cirit-birit.

2. Daun Parsley

027751100_1615287638-manfaat-peterseli-atau-parsley-bagi-kesehatan-anak

Daun Parsley kaya dengan vitamin C yang boleh mengurangkan tekanan. —Gambar hiasan

Daun Parsley diperkaya dengan antioksidan dan vitamin K yang membantu anda ketika mengalami pembekuan darah seperti lebam atau luka pada kulit.

Parsley juga kaya dengan vitamin C yang mengurangkan tekanan selain membendung gangguan kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan.

Antioksidan yang terdapat di dalamnya juga mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sesetengah kanser dan mengendurkan otot.

Daun Parsley juga boleh dimasukkan ke dalam diet anda dengan menambahkannya ke dalam salad dan sup. Anda juga boleh menikmati secawan teh Parsley hangat.

3. Beri biru

Buah beri kaya dengan antioksidan Flavonoid dan Fitonutrien, yang membantu dalam mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

Antioksidan yang terdapat dalam beri biru melawan kolesterol tambahan dalam badan kita.

jpg

Buah beri kaya dengan antioksidan Flavonoid dan Fitonutrien. —Gambar hiasan

Beri biru juga membantu dalam mengekalkan tahap tekanan darah dan melindungi kesihatan kardiovaskular.

Ia juga membantu meningkatkan pengeluaran nitrik oksida yang mengurangkan tekanan dalam saluran darah dan melegakan otot. Justeru, ia juga mengurangkan risiko diabetes.

4. Omega-3

Omega-3 adalah nutrien penting dalam mencegah dan menguruskan penyakit jantung.

Ia juga merendahkan tekanan darah, keradangan, dan degupan jantung yang tidak normal.

938691058

Omega-3 yang terdapat dalam ikan boleh mengurangkan kesan kemurungan. —Gambar hiasan

Omega-3 juga didapati berkesan dalam mengurangkan kesan kemurungan dan tekanan dialami oleh seseorang.

Cara paling berkesan untuk mengambil omega-3 adalah melalui ikan berlemak, tetapi sekiranya anda seorang vegetarian, terdapat banyak suplemen lain yang boleh anda pilih seperti alpukat, biji rami, biji chia, minyak zaitun dan kacang soya.

5. Ubi keledek

Ubi keledek kaya dengan vitamin B dan C, kalsium, zat besi dan magnesium.

Ia menggalakkan sistem penghadaman yang sihat dan membina imuniti untuk melawan pelbagai penyakit.

ubi-keledek

Serat di dalam ubi keledek boleh membuat anda berasa kenyang dalam tempoh lama. —Gambar hiasan

Ubi keledek juga bermanfaat untuk mata anda. Ia juga merupakan sumber karbohidrat yang baik dalam badan kita.

Selain itu, pengambilannya merupakan cara yang sihat untuk mengisi perut anda.

Malah, serat yang terdapat di dalamnya memastikan anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama dan tidak berakhir dengan snek atau mengunyah makanan yang diproses.

6. Coklat gelap

Jika anda sukakan makanan manis atau tiba-tiba teringin untuk mencuba sesuatu yang manis, jadikan coklat hitam sebagai kegemaran anda.

Ramai orang mengalami keinginan untuk makan ketika berasa tertekan dan mereka akhirnya mengambil gula-gula dan kerepek, yang sememangnya menambah kalori yang tidak diperlukan oleh badan.

darkChocolate-463813283-770x533-1

Pengambilan coklat gelap boleh mengatasi rasa bimbang dan meningkatkan daya ingatan. —Gambar hiasan

Coklat gelap terkenal dengan ciri antioksidan dan mengurangkan tekanan.

Pengambilan coklat gelap boleh mengatasi rasa bimbang, meningkatkan daya ingatan dan meningkatkan aliran darah anda.

Cara terbaik untuk mengawal tahap tekanan anda adalah dengan mengekalkan diet yang sihat dan seimbang, kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, lemak penting, dan daging tanpa lemak seperti ikan dan ayam.

Makanan yang bersifat anti-radang membantu anda merehatkan saraf dan otot serta mengurangkan tahap kortisol dalam badan.

Tekanan juga boleh diuruskan dengan mengikuti gaya hidup sihat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram