BUKAN sekadar rakyat biasa, pemimpin terkenal sepanjang sejarah dunia turut dikatakan mempunyai hobi yang unik.
Hobi mereka dikatakan sangat berbeza dengan personaliti yang dipaparkan kepada umum dan ia juga dikatakan amat mustahil menjadi aktiviti kegemaran seorang ternama.
Menerusi hobi unik mereka, ramai pakar memberi pandangan dengan mengaitkannya dengan kepada cara mereka membuat keputusan dalam kerajaan.
Namun, ramai juga beranggapan hobi unik ini tiada kaitan dengan gaya kepimpinan mereka.
1. Barack Obama
Obama mengisi masa lapang dengan mempelajari kod pengaturcaraan komputer. — Agensi
Masa lapang, Barack Obama diisi dengan mempelajari kod pengaturcaraan komputer.
Semasa musim panas 2018, dia melawat sekumpulan pelajar sekolah menengah di Chicago Barat Daya, Amerika Syarikat untuk belajar menyelesaikan masalah pengekodan.
Belajar kod memerlukan tahap ketepatan yang tinggi kerana banyak butiran yang mesti diperhatikan.
Namun, suatu ketika dahulu, Obama menulis beberapa siri kod yang menggerakkan salah satu watak dalam filem animasi Frozen.
2. Saddam Hussein
Saddam merupakan penulis novel romantik berjudul Zabiba dan Raja. — Agensi
Pada pandangan negara barat, nama Saddam Hussein dikaitkan dengan kekejaman dan diktator.
Namun, siapa sangka di sebalik imej ini dia seorang yang gemar menulis novel percintaan romantik.
Salah satu karya beliau ialah novel romantik berjudul Zabiba dan Raja setebal 160 muka surat. Novel ini boleh dibeli di kedai dalam talian, Amazon dengan harga sekitar RM54.31.
Novel itu diterbitkan pada 2000 dan Saddam Hussein disyaki menggunakan khidmat penulis hantu. Kontroversi itu sebenarnya membuatkan novelnya mendapat permintaan yang tinggi.
3. Soekarno
Soekarno mempunyai hobi menyanyi di dalam bilik air. — Agensi
Entah apa yang Soekarno buat di dalam bilik air ketika menyanyikan lagu Belanda. Itulah Soekarno, presiden pertama Indonesia yang mempunyai hobi menyanyi di dalam bilik air.
Kebiasaan ini didedahkan dalam buku tulisan Esra Dopita Sidauruk berjudul Human Soekarno yang diterbitkan pada tahun 2015.
Dikatakan, dia kadang-kadang lupa diri ketika menyanyi supaya suaranya jelas kedengaran dari luar bilik air.
Malahan, hobi Soekarno itu dikatakan telah mengganggu Sutan Sjahrir yang mengusiknya dengan berkata, "Houd je mond!" (diam!).
4. Ratu Elizabeth II
Ratu Elizabeth gemar perlumbaan burung merpati.— Agensi
Ratu kerajaan Britain itu mempunyai hobi unik iaitu menggemari perlumbaan burung merpati. Hobi ini turut digemari oleh beberapa selebriti popular Hollywood.
Ratu Elizabeth II memiliki beberapa reban merpati di Sandringham, Norfolk, England.
Beberapa nama lain yang turut suka dengan perlumbaan merpati ialah Elvis Presley, Mike Tyson, Paul Newman, dan Maurizzo Gucci.
5. Adolf Hitler
Berita mengenai Adolf Hitler tersebar dikatakan dia gemar melukis watak kartun Disney.— Agensi
Di sebalik penampilan yang kejam dan tiada belas ihsan, Adolf Hitler mempunyai hobi yang bertentangan dengan personaliti itu.
Selepas Perang Dunia Kedua tamat, berita mengenai Adolf Hitler tersebar dikatakan dia gemar melukis watak kartun Disney.
Dikatakan, Adolf Hitler mengagumi watak Snow White dalam filem Snow White and the Seven Dwarfs yang ditayangkan pada tahun 1937.
Satu lagi watak yang dilukisnya ialah Pinocchio. Semuanya dilukis dengan sapuan berus warna terang tipikal Disney.
6. Jokowi
Selain sering dilihat menunggang motosikal besar, Joko Widodo juga mempunyai sejumlah haiwan peliharaan yang disimpan di Istana Bogor. Keghairahannya untuk menternak ayam, ikan, dan kambing itu dilakukan ketika dia berehat dari kesibukan sebagai pemimpin.
Di antara beberapa haiwan peliharaan itu adalah katak.
Suasana indah Istana Bogor membuatkan Jokowi suka berada di sana. Bunyi kicauan burung sering kedengaran pada waktu pagi dan bunyi katak pada waktu malam, sama seperti di persekitaran kampung.
Jokowi telah memelihara katak sejak beliau menjadi datuk bandar Solo hingga gabenor Jakarta. Katak peliharaannya terdiri daripada katak bangkong dan katak hijau. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram