Hobi yang kian pupus, 7 tip untuk menghidupkan semula minat membaca


  • Hobi
  • Isnin, 30 Mei 2022

Budaya membaca yang semakin hilang turut memberi kesan kepada penerbitan buku dan akhbar.— Agensi

MEMBACA jambatan ilmu, itu merupakan merupakan peribahasa yang sering diungkapkan bagi menggalakkan orang ramai untuk menjadikan membaca sebagai satu amalan.

Bagaimanapun, hobi membaca semakin pupus dalam kalangan masyarakat terutama di era serba digital yang turut menjadikan generasi sekarang semakin jauh daripada buku.

Tidak hanya itu, budaya membaca yang semakin hilang turut memberi kesan kepada penerbitan buku dan akhbar yang kini hanya diterbitkan dalam jumlah terhad.

Bagi mengekang amalan mambaca daripada hilang dihanyut zaman, berikut merupakan beberapa tip untuk memulakan hobi membaca.

1. Baca Buku Fiksyen

baca 3

Buku fiksyen ialah genre yang mengandungi cerita imaginasi. Agensi

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membaca buku fiksyen terlebih dahulu. Buku fiksyen ialah buku yang mengandungi cerita imaginasi.

Biasanya idea buku adalah rekaan imaginasi pengarang. Jadi, bagi yang ingin memulakan hobi membaca buku, cubalah membaca buku dahulu.

Sebab semua orang suka cerita, buku yang tidak akan membuat pembaca bosan adalah buku fiksyen.

2. Percaya bahawa orang yang berjaya sering membaca buku

Perkara kedua yang mesti gunakan adalah mempercayai bahawa orang yang berjaya sering membaca buku.

Percaya atau tidak, ramai orang berjaya di luar sana yang bukan lepasan universiti tetapi individu tersebut suka membaca dan belajar daripada orang lain.

Malah, orang yang berjaya sentiasa meluangkan masa untuk membaca buku baharu. Buku adalah jendela ilmu dan harus sentiasa diterokai.

3. Ikuti kedai dalam talian yang menjual buku

baca 4

Kedai online akan terus mengemas kini perkembangan terbaru buku yang paling laris.— Agensi

Perkara yang mesti diterapkan untuk memulakan hobi membaca buku adalah dengan mengikuti kedai online yang menjual buku atau penulis buku itu sendiri.

Selalunya kedai online akan terus mengemas kini perkembangan terbaru buku yang paling laris.

Manakala bagi akaun penulis atau pencinta buku, mereka biasanya akan mengesyorkan buku apa yang patut dibaca.

Kerana, jika dia mengesyorkannya, bermakna dia sudah membaca buku itu. Jadi, mungkin buku itu benar-benar berkualiti.

4. Pilih buku yang sesuai dengan minat

Memilih buku yang sesuai dengan minat merupakan salah satu cara untuk memupuk minat membaca.

Pada masa ini, terdapat banyak genre buku di pasaran seperti fiksyen, politik, ekonomi, sastera, sains, teknologi dan sebagainya. Namun, setiap orang mempunyai minat yang berbeza.

Pilih buku yang membuatkan diri berasa gembira dan selesa, jika sukakan fiksyen, jangan paksa buku genre berat seperti buku politik.

Tetapi, jika tidak mempunyai masalah dengan itu, tidak salah untuk mengembangkan genre bacaan.

5. Jangan hadkan wang untuk membeli buku

Perkara yang perlu diterapkan jika mahukan hobi membaca buku ialah jangan mengehadkan wang untuk membeli buku.

Walaupun harga buku agak mahal, tidak salah jika mengetepikan wang untuk membeli buku yang disukai. Kerana, jika kedekut untuk membeli buku ia akan meluputkan minat membaca dalam diri.

6. Percaya bahawa buku adalah jendela kehidupan

Jika ingin membaca, perlulah mempercayai bahawa buku adalah jendela kepada kehidupan.

Jadi, untuk memulakan hobi membaca buku, salah atu perkara yang harus dipercayai ialah buku merupakan jendela kehidupan yang boleh menjadikan ilmu pembaca bertambah dari hari ke hari.

7. Selami dan Terapi Kandungan Buku

baca 2

Pembaca juga mesti menyerap perkara positif daripada kandungan buku. — Agensi

Perkara yang anda mesti diamalkan untuk memulakan hobi buku ialah memahami dan menyelami kandungan buku yang anda baca.

Jika sudah percaya buku adalah jendela kepada kehidupan, pembaca juga mesti menyerap perkara positif daripada kandungan buku itu.

Jadi, pada asasnya minat membaca perlu bermula dari buku ringan yang seterusnya berkembang ke buku lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram