BERSOLEK dan perapian diri merupakan antara aktiviti yang disukai oleh golongan wanita yang mengutamakan kecantikan dalam penampilan.
Tidak hanya sekadar hobi, aktiviti ini (gaya dan kecantikan) juga sudah menjadi antara kandungan popular di media sosial yang bukan sahaja dilakukan oleh golongan wanita, tetapi juga lelaki.
Meskipun hobi ini boleh dijadikan sebagai kerjaya, terdapat beberapa perkara yang dilakukan dalam aktiviti ini sebenarnya boleh mengundang bencana.
Berikut merupakan empat aktiviti dalam 'mencantikkan diri' yang boleh mengundang malang jika kerap dilakukan.
1. Tabiat mencabut bulu kening
Kening sangat penting untuk memastikan mata dilindungi daripada aliran peluh dari dahi bersama dengan bulu mata.
Namun, sesetengah wanita tidak menyukai kening mereka kerana ia menjadikan mereka kelihatan tidak cantik atau kurang yakin.
Maka tindakan yang sering mencetuskan bahaya pada masa hadapan ialah membiasakan diri dengan mencabut bulu kening.
Jika ini dilakukan secara berterusan, ia dipercayai boleh mengundang maut, oleh itu tidak digalakkan untuk mencabut bulu kening sebelum bersolek.
Ini kerana ia boleh membuka pori-pori dan membenarkan bahan kimia masuk ke dalam tubuh.
2. Menyikat Rambut dengan Keadaan Basah
Menyikat rambut dalam keadaan basah boleh menyebabkan ia gugur. — Agensi
Aktiviti menyikat rambut amat disyorkan untuk menjadikan penampilan lebih kemas dan teratur.
Bagaimanapun, ia tidak harus dibiasakan dengan menyikat rambut ketika rambut basah.
Keringkan dahulu rambut sebelum menyikat. Ini kerana menyikat rambut dalam keadaan basah boleh menyebabkan ia gugur.
Jadi yang terbaik, selepas bersyampu keringkan rambut dengan tuala.
3. Mengikat rambut 'ekor kuda'
Rambut diikat terlalu lama boleh menyebabkan kepala menjadi botak. — Agensi
Ramai wanita yang melakukan ekor kuda pada rambut mereka kerana ia dianggap lebih praktikal.
Meskipun ramai yang suka menggayakan rambut dengan ikatan ekor kuda, ia sebenarnya boleh mendatangkan mudarat kepada diri
Ini berikutan, jika rambut diikat terlalu lama boleh menyebabkan kepala menjadi botak.
Khususnya, apabila meletakkan rambut anda dalam simpulan yang sangat ketat, pastikan ia sedikit longgar supaya rambut boleh bernafas.
4. Memakai topeng muka (masker) yang sangat tebal
Masker yang terlalu tebal boleh menyumbat pori-pori kulit — Agensi
Masker adalah salah salah satu kaedah penjagaan kulit untuk menjadikan wajah lebih berseri, lembap, segar, cantik dan kulit terasa sejuk.
Walaupun ia mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kulit wajah, jika digunakan secara sembarangan, ia boleh membawa maut.
Menggunakan masker yang terlalu tebal boleh menyumbat pori-pori kulit dan menghalang ia bernafas.
Ini boleh membuat warna kulit berubah secara drastik dan menyebabkan masalah lain. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram