
KEMATIAN sering dianggap topik sensitif yang jarang dibincangkan secara terbuka, apatah lagi dalam konteks kehidupan moden yang semakin kompleks.
Namun, seorang pengguna Threads bernama Panglaman mencuri perhatian apabila berkongsi inisiatif praktikal menguruskan perihalsebelum seseorang pergi menghadap Ilahi.
Panglaman menyarankan setiap individu menyediakan satu folder khas dinamakan ‘In Case Mati’.
BACA LAGI:Anak-anak rasa dihargai', pelukan ibu jadi kekuatan di gelanggang sukan
Menurutnya, folder ‘In Case Mati’ dalam Google Drive itu berfungsi sebagai pusat simpanan semua maklumat penting termasuk dokumen insurans nyawa, nombor akaun bank, senarai hibah, kata laluan akaun digital, senarai hutang serta bil bulanan.
“Selain maklumat kewangan, kita juga boleh letakkan senarai nombor telefon penting seperti ahli keluarga terdekat, majikan atau pegawai hibah.
"Jangan lupa sertakan nota permohonan maaf, kerana itu mungkin pesanan terakhir kita,” tulisnya.
Tambah Panglaman, selain menyenaraikan maklumat penting, orang ramai digalakkan menggunakan aplikasi pengurusan kata laluan seperti LastPass, melantik waris, serta menyediakan video mesej terakhir untuk ditinggalkan kepada ahli keluarga.
“Buat juga salinan dokumen penting dalam bentuk fizikal atau pendrive, perbaharui langganan Google Drive, dan uruskan akaun media sosial dengan fungsi legacy account bagi memudahkan waris,” katanya.
Selain itu, Panglaman turu tmenyarankan agar individu menyiapkan kit kain kapan, menyenaraikan bayaran fidyah, serta menyimpan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan waris, surat nikah dan sijil kelahiran.
Walaupun topik itu kedengaran janggal bagi sesetengah masyarakat, perkongsian tersebut mendapat sambutan kerana dilihat sebagai usaha meringankan beban waris dalam menguruskan urusan dunia selepas kehilangan insan tersayang.
Seorang pengguna, deyyasamat, turut berkongsi pengalamannya menyediakan fail khas sejak dua tahun lalu sebelum menunaikan umrah.
“Saya ada pocket file berlabel For when I'm gone. Dalam tu siap letak hibah, akaun bank, kata laluan dan juga pesanan untuk kucing peliharaan saya, kalau saya pergi dulu. Sedih pula bila fikir,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna, shauqeysany, menekankan kepentingan hibah hartanah.
“Kalau ada rumah banyak, buat hibah siap-siap. Kos sekitar RM2,000 untuk sebuah rumah. Jadi tak perlulah isteri jual rumah semata-mata nak selesaikan bahagian faraid, terutama kalau tiada anak lelaki,” jelasnya.
Hakikatnya, sebaik-baik persediaan adalah bekalan untuk akhirat. Namun, dalam masa yang sama, langkah praktikal seperti ini mampu memudahkan keluarga yang ditinggalkan. —Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram