
PEMAIN Manchester City, Kevin de Bryune bebas untuk menyertai mana-mana kelab selepas kontraknya bersama Manchester City tamat pada akhir musim ini.
Pada usia 33 tahun, pemain tengah yang dianggap terbaik pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) mempunyai beberapa potensi akan meninggalkan kelab itu.
Salah satunya adalah kelab Serie A iaitu Napoli yang cuba membawa pemain itu bagi menambah sengat dari segi kreativiti di bahagian tengah.
BACA LAGI: Status legenda di Liverpool sudah dimiliki, tiba masanya angkat Mohamed Salah jadi GOAT EPL
BACA LAGI: Dah tak peduli anugerah individu, Messi mahu bersantai-santai lepas menang Piala Dunia
Tempat Fernandes sesuai diisi oleh De Bryune. — Agensi
Namun begitu, De Bryune masih lagi mendapat perhatian daripada kelab-kelab EPL dengan seteru domestik City dilaporkan berminat dengan pemain tersebut.
Liverpool dikatakan sudah menawarkan kontrak kepada De Bryune bagi membawa pemain itu ke Anfield musim depan. Namun begitu, terdapat juga spekulasi melibatkan Manchester United.
United dilihat sebagai destinasi sesuai untuk De Bryune meneruskan kariernya di England dengan dia kelihatan sesuai bagi menggantikan Bruno Fernandes.
Namun begitu, bagi penyokong, jika De Bryune hadir menggantikan Fernandes, mereka akan kehilangan pemain yang mempunyai ciri kepimpinan dan mampu membawa United mara ke hadapan.
"Manchester United memerlukan pemain elit untuk menjadi mentor kepada yang lain. Jika kita jual Fernandes, siapa akan tentukan standard elit di kelab? De Bryune belajar daripada David Silva di Manchester City. Liverpool mendapatkan pemain berkepimpinan seperti Jordan Henderson dan James Milner. Jual Fernandes akan jatuhkan standard," kata penyokong bernama Prezzy Machiavelli.
"Anda boleh dapatkan Kevin de Bryune, tapi bukan (lepaskan) Bruno Fernandes. Jangan kacau dia," ujar Smaller_10. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram