Pemain difahamkan sudah terima surat, Sri Pahang hampir pasti ‘gulung tikar’ musim depan


  • Podium
  • Khamis, 08 Mei 2025

Sri Pahang semakin hampir meninggalkan Liga Super. — Sri Pahang FC

MASA depan kelab Pantai Timur, Sri Pahang FC nampaknya sudah menemui jalan penghujung apabila difahamkan kelab itu akan gulung tikar musim depan.

Menurut pemerhati sukan tempatan, Zulhelmi Zainal Azam, Sri Pahang dilaporkan sudah menghantar surat kepada para pemain menandakan penamatan penyertaan kelab itu di Liga Super.

Ia membuatkan Tok Gajah tidak akan bertanding dalam Liga Super musim depan. 

BACA LAGI: Ibrahim Manusi hampiri pintu keluar Sri Pahang, kelab Lembah Klang disebut jadi destinasi

BACA LAGI: TFC-Selangor-Penang berebut dapatkan tandatangan Patrick Vieira versi Sri Pahang

"Closing the chapter. Status Sri Pahang difahamkan sudah muktamad, pemain menerima surat hari ini mengatakan skuad Tok Gajah tidak beraksi dalam Liga Super musim depan," ujar Zulhelmi.

Walaupun Sri Pahang belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan ini. Situasi tersebut dilihat bakal menjadi penamat kepada kisah Tok Gajah dalam bola sepak Malaysia.

Pemain-pemain dijangka perlu bergerak mencari kelab baharu bagi meneruskan karier. Buat masa ini, pemain seperti Ibrahim Manusi dan T. Saravanan menjadi sasaran beberapa kelab.

Sementara legenda kelab seperti Azam Azih perlu mencari kelab baharu dan itu mungkin janggal untuk melihat dia menyarung jersi lain selain Sri Pahang.

Bagi penyokong, tanpa mereka menyangka, aksi bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia merupakan perlawanan terakhir Tok Gajah yang disaksikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram