Desak anak jati bersedia pulang tabur bakti, Annuar Musa macam bagi 'hint' terajui revolusi bola sepak Kelantan


  • Podium
  • Khamis, 08 Mei 2025

Tan Sri Annuar Musa dilihat akan mengetui semula revolusi bola sepak Kelantan.

BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa meminta agar pemain kelahiran negeri itu untuk bersedia kembali menabur bakti.

Dalam hantarannya di Facebook pada Khamis, Annuar mahu bintang bola sepak kelahiran negeri itu bersedia kembali berkhidmat dengan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu seolah memberikan hint mahu memimpin semula revolusi sukan tersebut di negeri tersebut.

Isyarat tersebut begitu jelas dengan berkemungkinan Annuar akan memainkan peranan penting dalam usaha membangkitkan bola sepak Kelantan.

BACA LAGI: ‘Selesaikan hutang lapuk dulu sebelum mahu selamatkan bola sepak Kelantan’

BACA LAGI: Terkenang era kegemilangan TRW lepas tengok kejayaan JDT-Liverpool, Annuar Musa mahu julang semula bola sepak Kelantan

"Bola sepak Kelantan. Saya harap lebih ramai pemain berasal Kelantan bersedia untuk balik dan bermain untuk Kelantan," ujar Annuar. 

Usaha untuk membangkitkan bola sepak Kelantan bagaimana pun tidak melibatkan Kelantan Red Warriors (KRW) sebaliknya melibatkan Kelantan Darul Naim FC (KDN) yang menamatkan Liga Super di kedudukan tercorot musim ini.

Sebelum ini, Annuar sudah beberapa kali menyebut mengenai usaha untuk mengembalikan maruah bola sepak Kelantan dan dia memberi isyarat mahu aktif dalam usaha revolusi itu.

Pada Rabu, Sang Kijang Emas melantik Datuk Irwan Rizal sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu sebagai usaha merevolusikan kelab.

"Pelantikan ini menandakan permulaan era baharu dalam pengurusan bola sepak negeri di bawah naungan KDN FC, yang komited untuk mengangkat semula martabat pasukan dan membawa harapan baharu kepada penyokong setia.

"Datuk Irwan Rizal merupakan seorang tokoh profesional berpengalaman dalam bidang korporat dan pengurusan sukan, termasuk terlibat dalam beberapa inisiatif pembangunan sukan di peringkat negeri," kata KDN dalam kenyataan mereka.

Dengan usaha revolusi itu, tidak dapat dipastikan bagaimana peranan Annuar kelak. Berkemungkinan, dia akan bertindak sebagai penasihat atau penaung buat Sang Kijang Emas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram