
DALAM dunia pendidikan yang semakin berkembang, kaedah pembelajaran terutama di sekolah turut mengalami revolusi.
Antara perubahan ketara dapat dilihat oleh guru khususnya golongan muda zaman kini adalah pendekatan yang digunakan untuk membantu pelajar berasa selesa ketika belajar dalam kelas.
Sama seperti video tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan situasi seorang guru wanita sedang membantu pelajarnya.
Dalam video sama, guru berbaju kurung merah itu menggunakan pendekatan lebih mesra bagi mengurangkan rasa takut dan gementar pada pelajar terbabit ketika diarahkan untuk membuat pembentangan di hadapan kelas.
BACA LAGI: AirAsia pindah semula penerbangan domestik dari Subang ke KLIA2 seminggu selepas Aidilfitri
BACA LAGI: [VIDEO] Tak puas hati kena tindakan, penguat kuasa DBKL digigit penjaja bazar Ramadan tanpa lesen
Sukanya tengok cikgu zaman sekarang tukar cara mengajar dorang. Kudos tu cikgupic.twitter.com/Hx4OksLRwb
— kamaghul deghaman (@kamaghul) March 6, 2025
"Masa nama dipanggil, dia memang tak mahu. Tangan menggeletar, dia memang pemalu sangat.
"Saya cakap pada dia 'Tak mengapa, cikgu ada, cikgu teman. Terus dia pegang tangan sampai habis.
"Tetapi, selepas itu dia boleh baca di hadapan kelas, dia cakap terima kasih cikgu," luah guru berkenaan menerusi video tersebut.
Perkongsian itu sekali gus mendapat perhatian ramai dan menerima pujian daripada warga maya.
Mengulas lanjut, rata-ratanya memberikan respons positif dan berharap agar lebih ramai guru menggunakan cara yang sama demi kesejahteraan pelajar.
"Sukanya tengok cikgu zaman sekarang tukar cara mengajar mereka," komen @kamaghul.
"Cikgu sekarang muda-muda umur baru 20-an memang akan sokong seperti adik beradik," sokong @ulamraja97. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram