
SUDAH menjadi tradisi setiap tahun apabila Ramadan menjelma, bazar menjual makanan akan dibuka sebagai juadah berbuka puasa kepada umat Islam.
Bermacam jenis makanan dijual oleh peniaga dan antara menu paling popular sepanjang bulan mulia ini termasuk martabak, roti john, kuih tepung pelita dan air tebu.
Namun begitu, setiap tahun, pastinya akan ada cerita yang kurang enak didengar mengenai bazar Ramadan. Tahun ini, ia juga tidak terkecuali.
BACA LAGI: Tingkat kerjasama strategik, perkukuh pemantauan bendung ancaman perjudian online
Luahan mengenai kualiti roti john yang mengecewakan di bazar Ramadan dekat Bera, Pahang.
Di Bera, Pahang, terdapat aduan mengenai kualiti makanan yang dijual dekat bazar Ramadan tersebut yang begitu mengecewakan.
Menerusi sebuah aduan, pembeli itu meluahkan kekecewaan selepas membeli roti john di Bazar Ramadan Kerayong, Bera.
Pembeli itu jelas kecewa kerana dalam roti john tersebut, hanya sos saja yang diletak tanpa diletakkan isi daging atau sayur.
Lebih menyedihkan, harga roti john tersebut adalah RM9 membuatkan pembeli itu tidak rasa berbaloi. Lalu, pembeli itu mengatakan itu adalah roti john versi baru.
"Roti john 2025. Kosong, daging sayur tak ada, beragaklah nak meniaga pun. Ni namanya Roti John Versi Baru," kata pembeli itu yang tidak menyatakan namanya.
Luahan pembeli itu mendapat respons warganet yang lain dengan mereka berasakan peniaga itu tidak jujur dalam berniaga.
"Ni namanya menipu dalam berniaga, di akhirat nanti akan dihitung perbuatannya. Tak takut ke? Rezeki x berkat," komen warganet bernama Ein.
"Buat malu orang Bera je kalau berniaga roti john kosong macam tu sampai RM9. Buat naya dekat orang," ujar Iqbal Zahin pula. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram