'Bergson jauh lebih baik', ramai kurang setuju bintang The Cats diberi status naturalisasi


  • Podium
  • Isnin, 03 Mac 2025

Mintah (kiri) berdepan isu konsistensi meskipun berjaya menjadi penjaring terbanyak buat skuad The Cats musim ini.

KHABAR angin mengatakan Harimau Malaya bakal dibarisi lebih ramai pemain naturalisasi dan warisan semakin kuat kedengaran menjelang kempen Kelayakan Piala Asia 2027.

Nama-nama seperti Bergson da Silva, Giancarlo Gallifuoco serta Ferdy Drujif merupakan antara yang disebut-sebut peminat dengan semua daripadanya mempunyai nilai tambah tersendiri.

Bagaimanapun, ada juga pemain yang sudah memenuhi syarat untuk menerima status naturalisasi, namun tidak berada dalam perbincangan untuk dibawa masuk ke dalam skuad kebangsaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Cedera lepas ledak hatrik, fans The Cats risau keadaan Jordan Mintah

BACA LAGI: Cemerlang ledak hatrik bertemu KDN, penyerang The Cats puji Aidil Sharin jurulatih terbaik

Bergson Da Silva celebrates his goal against KL Rovers. - Photos by JDT FC

Bergson disebut-sebut akan menjadi penyerang baharu Harimau Malaya.

Salah seorang daripadanya ialah penyerang Kuching City FC, Jordan Mintah yang sudah beraksi dalam Liga Malaysia selama lima tahun sejak menyertai Terengganu FC II pada 2020.

Rekod jaringannya juga tidaklah begitu teruk kerana semasa beraksi dalam Liga Perdana bersama skuad simpanan Sang Penyu, dia pernah meraih Anugerah Kasut Emas dengan 16 gol direkodkan daripada 10 perlawanan.

Tetapi, prestasinya yang tidak menentu membuatkan penyokong Harimau Malaya enggan memasang impian untuknya diserap ke dalam skuad kebangsaan menjelang perlawanan akan datang.

Namun, dalam perkembangan terbaru, laporan mengatakan pemain berusia 29 tahun itu akan diberikan status naturalisasi selepas memenuhi syarat ditetapkan.

Mintah sudah memenuhi syarat untuk menjadi pemain naturalisasi negara terbaharu.

Hal tersebut dikongsikan sendiri sumber berhampiran dengan Mintah yang sempat menegaskan kemasukannya dalam skuad kebangsaan mampu membawa perubahan dalam barisan serangan.

Bagaimanapun, laporan itu tidak diterima baik peminat bola sepak tempatan kerana masing-masing yakin penyerang kelahiran Ghana itu bukanlah solusi kepada ketumpulan pasukan negara.

"Jika mahu berikan kad pengenalan (IC) pun, ambillah mereka yang bagus seperti Bergson. Pemain yang suam-suam kuku seperti Mintah ni, tidak perlu rasanya," kata Ayam Geprekk.

"Saya peminat Kuching City FC. Cuma, jujur saya katakan bahawa dia ini tidaklah begitu memukau. Rasanya ramai terkejut dengan kebolehannya selepas meledak hatrik baru-baru ini," kata Evalton Jiob.

Skuad kebangsaan memerlukan peledak baharu menjelang kempen akan datang.

"Tidak perlulah rasanya, bukankah ada pemain lain yang diinginkan untuk berada dalam Harimau Malaya? Nanti Mintah hanya akan diletakkan di bangku simpanan," kata Nasirinrahim Surina.

Untuk rekod, penyerang berkenaan sudah diturunkan sebanyak 25 kali dalam semua pertandingan buat skuad The Cats musim ini dengan 12 gol dan satu bantuan jaringan dicatatkan.

Ketika ini, posisi penyerang dalam skuad kebangsaan diisi Romel Morales, Darren Lok atau Paulo Josue dengan ketiga-tiga daripadanya berstatus pemain naturalisasi dan warisan.

Kepercayaan terhadap pendekatan berkenaan dilihat akan diteruskan sekiranya Mintah atau Bergson sempat meraih kerakyatan sebelum perlawanan menentang Nepal pada 25 Mac ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram