
KUALA Lumpur (KL) City FC berhasil memecahkan rekod lama yang pernah dicipta oleh Selangor FC, Terengganu FC dan legenda Sri Pahang FC, Fandi Ahmad bagi musim 2024.
Skuad Warga Kota itu mencatatkan pencapaian luar biasa dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) yang membuktikan kekuatan pasukan dan strategi yang mantap.
Kejayaan The City Boys bagi musim 2024 juga mencerminkan kecemerlangan pengendalinya, Miroslav Kuljanac.
BACA LAGI: Mungkin dapat percuma, Jalil Elias ikut jejak Chico Geraldes tak balik JDT
BACA LAGI: 'Kino sampai bila nak simpan Faisal', fans Selangor mahu Kinoshi kembalikan aura 'siuuu'
Fandi Ahmad memegang rekod penjaring terbanyak skuad Warga Kota yang ketika itu dikenali sebagai Kuala Lumpur FA. — The Straits Times
Kepimpinannya memainkan peranan penting dalam memantapkan pasukan dengan strategi dan latihan yang berkesan sekali gus memastikan KL City terus bersaing di peringkat tertinggi Liga M.
Oleh itu, Majoriti menyenaraikan tiga rekod yang berjaya dipecahkan oleh KL City musim ini.
Aksi di Stadium Cheras, Kuala Lumpur menyaksikan Selangor tewas 0-1 di tangan tuan rumah. — Facebook/Selangor FC
1. Pertama kali menang 'home' berdepan Selangor
Aksi derbi Lembah Klang menyaksikan KL City FC mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya meraih kemenangan ke atas Selangor FC selepas lebih 26 tahun dalam aksi Liga M dengan kemenangan tipis 1-0 pada 14 Julai lalu.
Dalam perlawanan kelima Liga Super 2024 yang berlangsung di Stadium Cheras, Kuala Lumpur, penyerang import KL City FC, Jovan Motika berjaya mencipta jaringan tunggal selepas menolak bola menerusi celah kaki penjaga gol Gergasi Merah, Samuel Somerville pada minit ke-62.
Meskipun meraih kemenangan berharga itu, KL City dilaporkan menghadapi masalah kewangan apabila pemain-pemainnya belum menerima gaji sejak beberapa bulan lalu.
Melihat kepada rekod sebelum ini, anak-anak buah Kuljanac belum pernah menang ketika menentang Selangor FC.
Terengganu terpaksa menelan pahit apabila tewas 1-2 di tangan KL City.
2. Pertama kali menang di Terengganu dalam tempoh 28 tahun
Skuad Warga Kota berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Terengganu pada Jumaat.
Pemain pertahanan TFC, Safwan Mazlan membuka jaringan pertama selepas rembatan jarak jauh yang mengejutkan lawan.
Bagaimanapun, kapten KL City, Paulo Josue menyamakan kedudukan dengan tandukan yang menembusi pintu gawang Sang Penyu.
Tidak mahu pulang dengan tangan kosong, pemain gantian Patrick Reichelt muncul wira KL City FC apabila menjaringkan gol kedua yang juga gol kemenangan memberikan pasukan itu kemenangan 2-1 hingga wisel penamat.
Kemenangan itu menyaksikan anak buah Kuljanac mencatat sejarah dengan memadamkan rekod 28 tahun tanpa kemenangan di Terengganu.
Paulo Josue kini penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak Kuala Lumpur. — Facebook/MFL
3. Rekod jaringan Fandi Ahmad dileburkan
Perlawanan minggu ke-10 saingan liga menyaksikan The City Boys kenduri gol menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras pada 15 September lalu.
Menariknya, kapten pasukan, Paulo Josue muncul wira apabila meledak hatrik dalam memastikan kemenangan milik skuad Warga Kota.
Lebih manis lagi, jaringan yang diledak oleh Josue menjadi detik penting dalam sejarah bola sepak Kuala Lumpur apabila dia berjaya memecahkan rekod penjaring terbanyak yang dipegang oleh Fandi Ahmad ketika bersama skuad Warga Kota yang ketika itu dikenali sebagai Kuala Lumpur FA.
Jaringannya pada minit ke-49 membolehkan pemain naturalisasi kebangsaan itu memperoleh 68 gol untuk KL City sekali gus memintas Fandi yang mencatat 67 jaringan.
Dua lagi gol skuad kendalian Miroslav Kuljanac itu masing-masing dijaringkan oleh Jovan Motika pada minit ke-14 dan Zhafri Yahya m-26. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram