Pohang Steelers sedia buat kejutan, 3 lepasan universiti boleh beri mimpi ngeri kepada JDT


  • Podium
  • Selasa, 18 Feb 2025

Pohang Steelers akan berkunjung ke SSI bagi aksi terakhir kumpulan ACLE menentang JDT. — Agensi

KELAB elit Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim (JDT) menyasarkan mahu mendapatkan tiga mata penuh dalam perlawanan menentang pasukan Korea Selatan, Pohang Steelers FC menjelang aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur.

Dalam perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dekat Iskandar Puteri, Johor pada Selasa itu akan menyaksikan pasukan bimbingan Hector Bidoglio pastinya mahu membalas dendam untuk dua aksi lepas.

Pada pertembungan saingan ACL 2021 yang berlangsung di Stadium Rajamangala, di Bangkok, Thailand, JDT tumpas dua kali kepada Pohang Steelers 1-4 dan 0-2 yang menyaksikan skuad dibimbing Benjamin Mora ketika itu gagal layak ke pusingan 16 pasukan terbaik.

BACA LAGI: Media Vietnam perlekeh Bergson, bandingkan dengan tonggak naturalisasi Golden Dragons

BACA LAGI: Tak dialu-alukan, fans kelab Argentina lebih berminat tonggak lama kembali berbanding Jalil Elias

Antara yang menarik dalam perlawanan JDT menentang Pohang Steelers yang lalu ialah apabila pasukan Korea Selatan itu berani menurunkan pemain muda atau dalam erti kata lain mempertaruhkan tonggak lepasan pelajar universiti.

Bagi mengelak daripada pisang berbuah dua kali, juara bertahan Liga Super itu perlu mengawasi tiga pemain lepasan universiti mereka daripada menjadi duri dalam daging dan menyekat JDT daripada mara ke pusingan seterusnya dalam ACLE.

1) Lee Ho-jae 

hojae

Ho-jae beraksi sebagai penyerang tengah Pohang. — Agensi

Lee Ho-jae ialah penyerang tengah berusia 24 tahun dari Korea Selatan yang bermain untuk Pohang Steelers sejak 2020. Sebelumnya, pemain itu beraksi untuk pasukan bola sepak Korea University.

Pada 28 Jun 2021, Ho-jae membuat penampilan dalam perlawanan menentang JDT dalam peringkat kumpulan ACL, di mana Pohang Steelers menang 4-1. Dia dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-88 menggantikan Go Young-joon. 

Musim 2024 menyaksikan pemain berkenaan semakin mendapat tempat dalam Pohang Steelers apabila Ho-jae beraksi dalam 29 perlawanan domestik dan mencetak 10 gol serta lima bantuan jaringan.

Bagi saingan ACLE pula, pemain kelahiran Gyeonggi, Korea Selatan itu diberi peluang untuk tampil dalam lapan perlawanan. Peluang itu berhasil dibalas dengan mencetak dua gol dalam pertemuan menentang Ha Noi FC dan WH Three Towns. 

2) Kang Hyeon-je

pemain_2

Hyeon-je merupakan pemain muda sedang meningkat naik Pohang. — Agensi

Kang Hyeon-je beraksi sebagai penyerang untuk Pohang Steelers dalam K League 1 selepas dia selesai bermain untuk pasukan bola sepak Sungji University selama dua musim, dari tahun 2021 hingga 2022. 

Sejak menyertai Pohang Steelers pada Januari 2023, Hyeon-je telah menunjukkan potensi yang memberangsangkan. Pada musim 2024, dia membuat 13 penampilan dalam pelbagai pertandingan, termasuk K League 1 dan ACLE, dengan satu gol dijaringkan.

Dalam perlawanan ACLE menentang skuad Harimau Selatan yang dijadualkan pada 18 Februari 2025, Hyeon-je mungkin akan menjadi sebahagian daripada skuad Pohang Steelers, bergantung kepada keputusan pengurusan pasukan. 

Sebagai pemain muda yang sedang meningkat naik, pemain berusia 22 tahun berkenaan berpotensi menjadi aset penting bagi Pohang Steelers dalam pertandingan domestik dan antarabangsa pada masa hadapan.

3) Jo Seong-jun

pemain_3

Seong-joon bermain dengan Cheongju University di peringkat awal kariernya. — Agensi

Sebelum menyertai Pohang Steelers pada Januari 2024, Jo Seong-joon pernah bermain untuk beberapa kelab lain, termasuk FC Anyang dan Jeju United. Dia sebelum itu beraksi dengan Cheongju University di peringkat awal karier profesionalnya. 

Seong-jun terkenal dengan ketangkasan dan kemahiran dalam serangan, menjadikannya seorang penyerang yang berbahaya. Seong-jun juga dikenal dengan kemampuannya untuk bermain dalam pelbagai posisi serangan, memberikan fleksibiliti kepada pasukan.

Dalam perlawanan ACLE menentang JDT yang dijadualkan pada 18 Februari 2025, Hyeon-je mungkin akan menjadi sebahagian daripada skuad Pohang Steelers, bergantung kepada keputusan pengurusan pasukan. 

Sejak menyertai Pohang Steelers pada awal musim 2024, Seong-jun tampil dalam lapan perlawanan termasuk dua aksi ACLE. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram