Media Vietnam perlekeh Bergson, bandingkan dengan tonggak naturalisasi Golden Dragons


  • Podium
  • Isnin, 17 Feb 2025

Bergson dikhabarkan akan menyarung jersi Harimau Malaya tidak lama lagi. — Facebook/JDT

PENYERANG Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva ditunggu-tunggu untuk menyarung jersi Harimau Malaya lagi-lagi selepas pemain kelahiran Brazil itu dilihat sudah meletakkan Jalur Gemilang pada profil Instagram miliknya.

Bergson disebut akan memperkuatkan jentera serangan pasukan menjelang pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 yang menyaksikan Malaysia diletakkan dalam kumpulan F bersama-sama Vietnam, Nepal dan Laos.

Ketika penyokong bola sepak tanah air gembira dengan berita tersebut, khabar angin berkenaan bagaimanapun mendapat reaksi sinis dari Vietnam selepas melabelnya sebagai pemain berusia.

BACA LAGI: Tak dialu-alukan, fans kelab Argentina lebih berminat tonggak lama kembali berbanding Jalil Elias

BACA LAGI: Situasi seperti peledak scam 2021, kelab Argentina tak setuju bayar RM8 juta untuk Jalil Elias

Berita mengenai naturalisasi Bergson mendapat perhatian media Vietnam, seperti Soha.vn, yang melabelkan penyerang itu sebagai pemain veteran. Portal berita itu turut membandingkan Bergson dengan penyerang mereka iaitu Rafaelson atau Nguyen Xuan Son.

Rafaelson menyerlah dalam saingan Piala AFF 2024 kerana muncul sebagai penjaring terbanyak dan pemain terbaik kejohanan. Ia sekali gus, membantu skuad Golden Dragons menjuarai Piala AFF edisi 2024.

DALAM_VIETNA

Rafaelson pemain naturalisasi Vietnam. — Agensi

"Terkejut dengan bintang naturalisasi Malaysia, Vietnam tidak perlu takut menghadapinya. Bergson Gutsavo Silveira da Silva, adalah penyerang Brazil berusia 34 tahun dengan ketinggian 1.80 meter.

"Pemain ini (Bergson) sudah tua dan harga pasarannya tidak terlalu tinggi. Dia hanya bernilai 400,000 Euro (RM1.8 juta), jauh di bawah Nguyen Xuan Son yang bernilai 700,000 Euro (RM3.5 juta) .

"Tidak jelas sama ada Bergson akan dimainkan oleh Malaysia pada Kelayakan Piala Asia 2026 atau tidak. Walaupun berjaya, Vietnam tidak perlu takut dengannya kerana kita mempunyai Nguyen Xuan Son sebagai tunjang utama pasukan," memetik laporan Soha.vn.

DARREN

Kehadiran Bergson boleh menggantikan khidmat Darren sebagai penyerang tengah. — Facebook/FAM

Vietnam dan Malaysia dijadual bertemu dalam Kelayakan Piala Asia 2027 dalam Kumpulan F bersama Nepal dan Laos. Kedua-dua pasukan bakal bersaing untuk merebut tiket ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Arab Saudi.

Dalam pada itu, Bergson yang sudah meledak 22 gol dalam Liga Super musim ini boleh menjadi penyelesaian jangka pendek buat posisi penyerang utama Harimau Malaya yang bergantung kepada Darren Lok dan Haqimi Azim.

Selain Bergson, pemain import Harimau Selatan yang kini beraksi bersama Sri Pahang, Manuel Hidalgo dan bek tengah Kuala Lumpur City FC iaitu Giancarlo Gallifuoco juga dicanang akan menyarung jersi Harimau Malaya tidak lama lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram