
TARIKH 1 Mac menyaksikan umat Islam seluruh negara mula menjalani ibadah solat tarawih sempena bulan Ramadan tahun 2025.
Namun, platform laman sosial digemparkan dengan tindakan seorang individu wanita yang membuat liputan siaran langsung menunaikan ibadah tersebut di TikTok pada Sabtu.
Dirakamkan melalui telefon pintar, peranti itu diletakkan di hadapan saf solat wanita yang turut melihatkan beberapa jemaah lain ketika kejadian.
BACA LAGI: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tampil berbaju ungu, umat Islam di Malaysia mula puasa pada Ahad
BACA LAGI: Gula-gula gummy mata tiada lagi di pasaran, dikeluarkan dari platform online
Lebih mengejutkan, individu berkenaan dilihat bermain telefon pintarnya ketika sedang menunaikan solat yang nyata mengundang spekulasi ramai terhadap perkongsian video tersebut.
Dibanjiri kecaman dan spekulasi warga maya, seorang pemuda memberikan teguran sinis yang disifatkan sebagai perbuatan tidak wajar di bulan suci ini.
"Mak cik tengok telefon timbul pelbagai andaian, main TikTok ke atau tengok ayat al-Quran, saya husnuzon dia baca surah dari telefon.
"Sebaiknya tak perlu buat live solat tarawih tu, nak tunjuk apa.
"Yang viewers tu tak pergi solat ke? Heboh kecam mak cik tu sekurang-kurangnya dia ke masjid menunaikan ibadah, yang lain tarawih online dalam live ke," kata Muhamad Farid Ramadhan.
Pun begitu, lokasi masjid berkenaan tidak dapat dipastikan namun berdasarkan komen warga maya mengatakan ia berada sekitar ibu negara.
Terdahulu, tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada 2 Mac menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu dibuat oleh Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dengan berbaju ungu, disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Jumaat malam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram