Gaduh ketika pertarungan MMA, 11 dibebaskan dengan jaminan polis


  • 112
  • Sabtu, 01 Mac 2025

Polis membebaskan 11 individu yang terlibat dengan pergaduhan di pertarungan MMA.

SERAMAI 11 individu yang terlibat dalam pergaduhan di pertarungan seni mempertahankan diri campuran (MMA) pada Selasa sudah dibebaskan oleh polis.

Ketua Polis Dang Wangi, Assiten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, suspek yang bermula dari 17 hingga 28 tahun dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua 11 suspek itu ditahan pada Rabu dan dibebaskan pada Khamis selepas menjalani tahanan reman.

BACA LAGI: Lagi kes kemalangan di Nilai, pemandu Alza maut dirempuh lori sehari sebelum Ramadan

BACA LAGI: [VIDEO] Dua maut terkena renjatan elektrik, rentung di Penampang

Sulizmie Affendy berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Dalam masa yang sama, dia turut memberitahu yang kertas siasatan sudah dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur.

Kesemua suspek yang terlibat itu ditahan semasa sebuah pertarungan MMA yang juga melibatkan pempengaruh media sosial terkenal. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram