Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tampil berbaju ungu, umat Islam di Malaysia mula puasa pada Ahad


  • Massa
  • Jumaat, 28 Feb 2025

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan Ahad sebagai tarikh mula berpuasa.

UMAT Islam di seluruh negara akan mulai berpuasa pada Ahad, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia itu ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu dibuat oleh Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dengan berbaju ungu, disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Jumaat malam. 

BACA LAGI: [VIDEO] Padah lempar kabel internet dari bawah, 2 juruteknik Indonesia rentung berpelukan terkena renjatan elektrik

BACA LAGI: Gula-gula gummy mata tiada lagi di pasaran, dikeluarkan dari platform online

Umat Islam di seluruh negara akan mulai berpuasa pada Ahad.

Terdahulu, Brunei Darussalam juga melaporkan bahawa negara itu akan memulakan ibadat berpuasa pada Ahad selepas usaha untuk mencerap anak bulan tidak membuahkan hasil.

Laporan Buletin Borneo menyebut, usaha melihat bulan sabit atau hilal tidak berhasil ketika cerapan dilakukan di seluruh negara.

Oleh disebabkan itu, pemerintah Brunei mengesahkan yang umat Islam di negara itu akan mula berpuasa pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram