[VIDEO] Brek macam tak makan, motor rempuh kereta sedang berhenti di Kluang


  • Tular
  • Sabtu, 01 Mac 2025

Rakaman menunjukkan motosikal tersebut semasa pelanggaran tersebut.

SEBUAH kemalangan berlaku di Kluang, Johor melibatkan sebuah motosikal dan kereta pada Jumaat.

Menurut video yang tular, kemalangan tersebut di Jalan Renggam, Kluang berlaku semasa kereta tersebut sedang berhenti.

Namun begitu, tanpa disangka, sebuah motosikal yang datang daripada belakang tiba-tiba saja merempuh belakang kereta tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Budak sekolah nyaris kena sodok', ibu bapa, murid tergamam lihat kereta terpelanting dirempuh lori hilang kawalan di Putatan

BACA LAGI: [VIDEO] 'Menu' warga asing makin kuasai Selayang, undang rasa jijik orang ramai

Motosikal tersebut dilihat bergerak laju dan kelihatan seperti tidak sempat untuk memberhentikan kenderaan sebelum melanggar kereta tersebut.

Menerusi video tersebut, dua penunggang motosikal yang terlibat dengan kemalangan itu terjatuh akibat impak pelanggaran dengan kereta.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka mengalami kecederaan ringan atau serius akibat pelanggaran tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram