Guru lelaki dituduh ada hubungan dengan murid 12 tahun di Dengkil


  • 112
  • Sabtu, 01 Mac 2025

Guru tersebut dituduh mempunyai hubungan dengan muridnya berusia 12 tahun.

SEORANG guru lelaki yang bertugas di Dengkil, Selangor ditahan oleh pihak polis selepas didapati mempunyai hubungan dengan muridnya berusia 12 tahun.

Tindakan itu dibuat selepas bapa mangsa membuat laporan polis apabila mensyaki anak perempuannya sering dihubungi oleh suspek menerusi aplikasi TikTok, Love8 dan WhatsApp.

Ketua Polis Sepang, Assistan Komisioner, Norhizam Bahaman berkata, siasatan awal terhadap suspek berusia 30 tahun itu meragukan dan ia tidak menunjukkan sebarang hubungan profesional anrara guru dan murid.

BACA LAGI: Gaduh ketika pertarungan MMA, 11 dibebaskan dengan jaminan polis

BACA LAGILagi kes kemalangan di Nilai, pemandu Alza maut dirempuh lori sehari sebelum Ramadan

"Berdasarkan laporan, si pengadu berasa curiga selepas mendapati beberapa mesej antara suspek dan mangsa dihantar menerusi pelbagai platform media sosial.

"Suspek dipercayai menggunakan platform-platform tersebut untuk berhubung dengan mangsa secara peribadi tanpa pengetahuan keluarga.

"Siasatan masih lagi dijalankan, dengan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan berita dan maklumat tidak sahih mengenai perkara ini," katanya. 

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15 (a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram