NAMA bintang bola sepak tanah air, Arif Aiman Hanapi bukan saja masyhur di rantau Asia bahkan sebenarnya berjaya mencuri perhatian peminat bola sepak di Eropah.
Kelincahan bintang muda Harimau Selatan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menyaksikan namanya berjaya mencuri tumpuan peminat luar.
Arif Aiman menampilkan prestasi terbaik dalam kancah saingan ACLE apabila menjaringkan empat gol selepas mengharungi empat perlawanan di peringkat Zon Timur.
BACA LAGI: Raih 3 mata di Likas atas bantuan senior, fans The Rhinos cabar kualiti 'ubi muda'
Manisnya, empat gol yang dilakar Arif Aiman setakat ini menyaksikan setanding dengan bintang dunia, Cristiano Ronaldo yang juga mengumpul jumlah sama bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr.
Dengan jendela perpindahan antarabangsa kini dibuka, sudah pasti Arif Aiman akan menjadi buruan beberapa kelab yang sudahpun mengintai peluang untuk cuba mendapatkan khidmatnya.
Oleh itu, berdasarkan pemerhatian Majoriti, Persepolis antara tiga kelab luar negara yang kini cuba mendapatkan khidmat Arif Aiman.
Media Iran mengaitkan perpindahan Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu ke Persepolis. — Facebook/JDT
1. Persepolis FC
Kelab Iran, Persepolis FC antara pasukan yang kini hangat dikaitkan dengan pemain berusia 23 tahun itu.
Persepolis yang merupakan naib juara Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 dilihat berminat untuk membawa masuk Arif Aiman bagi menggantikan khidmat penyerang sayap mereka iaitu Saeid Sadeghi.
Meksipun baru sahaja khabar angin, namun penyokong Persepolis menyambut baik kehadiran Arif Aiman yang dijangka boleh digandingkan dengan penyerang sayap kiri mereka, Oston Oronov.
Begitupun, Persepolis perlu berkorban wang ringgit untuk menebus kontrak Arif Aiman susulan pemain berkenaan sudah menandatangani kontrak lanjutan sehingga tahun 2028 bersama JDT.
Arif Aiman turut mencuri perhatian kelab gergasi Scotland, Rangers FC. — Facebook/JDT
2. Rangers FC
Kelincahan Arif Aiman di atas padang turut menarik perhatian penyokong kelab gergasi Scotland, Rangers FC yang mencadangkan kelab berkenaan menyunting pemain sayap itu.
Ramai peminat Rangers FC mahu Arif Aiman yang sudah tampil cemerlang dalam kempen ACLE musim ini beraksi untuk kelab itu.
Menurut mereka, Arif Aiman seorang pemain yang cukup konsisten bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat kelab elit Asia.
Malah, kelab penyokong Rangers FC yang dikenali sebagai The Rangers Journal turut menyuarakan pandangan mereka dengan meminta Ahli Lembaga Pengarah pasukan itu, Nils Koppen untuk membawa masuk 'Mr MVP' (Pemain Paling Bernilai) di Liga Malaysia itu.
Pemain sayap kanan itu itu diberi pujian apabila dikatakan cukup berbahaya di depan gawang kerana bijak mengambil peluang untuk menjaringkan gol atau membuat hantaran bantuan kepada rakan.
Kelab Liga 1 Jepun, Kashiwa Reysol turut tidak mahu ketinggalan cuba mendapatkan khidmat bintang muda JDT.
3. Kashiwa Reysol
Kelab Liga 1 Jepun, Kashiwa Reysol menjadi kelab yang terbaharu dikatakan turut berminat untuk mendapatkan khdidmat Arif Aiman.
Minat terhadap Arif Aiman disahkan melalui laporan portal bola sepak Jepun, Football Tribe, yang mengaitkan kejayaan JDT melangkah ke pusingan kalah mati ACL musim lalu dengan peningkatan profil pemain berusia 20 tahun itu.
Portal tersebut menggambarkan Arif Aiman sebagai pemain sayap kanan yang pantas serta menyifatkannya sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) untuk dua musim berturut-turut.
Pengalamannya beraksi menentang dua kelab Liga J, Kawasaki Frontale dan Urawa Red Diamonds menarik perhatian kelab tersebut dan dijangka menjadi sandaran utama untuk memberikan saingan yang hebat.
Sebagai rekod, Kashiwa Reysol kini berada di tangga ke-17 daripada 18 pasukan selepas hanya mengumpul dua mata daripada lima perlawanan.
Oleh itu, kelab Jepun itu pastinya menaruh harapan tinggi agar pemain berketinggian 1.71 meter itu mahu membantu mempertajamkan jentera serangan skuad itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram