'Jerit terkeluar anak tekak baru pas', uji bakat OIAM dikritik serabut, peserta suara 'low note' kurang dihargai


  • Hiburan
  • Isnin, 25 Nov 2024

Uji bakat pencarian penyanyi baharu OIAM sedang giat berlangsung di serata negara.

SELEPAS 15 tahun, program pencarian bakat nyanyian One In A Million (OIAM) kembali bersiaran dengan konsep dan hadiah bernilai RM1 juta buat sang juara.

Selain daripada wang ringgit, pemenang juga dijanjikan dengan pelan pemasaran dan penciptaan lagu khas buat pemenang selepas tamat program tersebut.

Kini, proses pencarian bakat itu sedang giat berlangsung di seluruh negara dengan beberapa lokasi tumpuan seperti Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuantan paling ramai dikunjungi peserta.

BACA LAGI: ‘Penyanyi sekarang banyak auto tune’, Bandi Amuk kecewa industri tiada kualiti, stesen radio kerap putar lagu asing

BACA LAGI: GV11 dikecam jatuhkan 'value' artis, ramai kritik Ning Baizura tak sesuai lagu zaman BBNU

Namun, segelintir pihak mendakwa uji bakat OIAM kali ini terlampau menyanjung peserta dengan suara bernada tinggi.

Umum mengetahui bahawa industri muzik tanah air cukup mengalu-alukan kedatangan penyanyi dengan kekuatan vokal mirip Aina Abdul, Marsha Milan dan Ernie Zakri.

Namun, hal itu dikatakan turut menjadi trend dalam pencarian bakat baharu OIAM di Kuantan baru-baru ini yang terlampau menyanjung individu bersuara nada tinggi.

Seorang peserta yang juga merupakan penulis lirik itsdaisylynn menjelaskan, proses penjurian peserta terlalu sukar kerana perlu bersaing dengan individu bersuara tinggi yang sentiasa menjadi pilihan juri.

"Hadir ke uji bakat OIAM tadi di Kuantan, memang serabut proses dia, bilik stage 1 punya uji bakat kena berperang dengan gangguan kat stage 2 yang buat live performance for the mall.

"Lepas itu yang kat stage 2 tu ramai saja suara tak sedap tapi semua nak kena jerit cam Aina Abdul baru boleh lepas. Nyanyi tak ada jiwa.

"Yang vokal rendah macam aku ni tak dihargai, susah sebab tak semua juri ada pilihan konsep yang sama," katanya di laman Thread pada Ahad.

Beberapa lagi peserta lain turut sependapat dengan isu berbangkit dan menyifatkan uji bakat tersebut tidak bervariasi dalam membuat pilihan peserta.

"Kita semua ada suara yang berbeza tak boleh nak nyanyi terjerit keluar anak tekak, saya pun kena juga masa uji bakat, high note memang saya tak boleh nak sampai tapi lagu low note saya boleh," kata aien_othman24.

"Tipikal Malaysia, yang konon hebat semuanya kena jerit macam Aina Abdul padahal tu yang serabut telinga mendengar," ujar safawiibrahim.

Untuk rekod, program OIAM telah melahirkan ramai penyanyi terkenal seperti Suki Low, Ayu Damit, Tomok, Yuna dan Alif Aziz.

Tidak meletakkan sebarang sekatan buat peserta kali ini, beberapa artis tanah air seperti Aman Aziz, Alina Hassan dan Zaki Yamani merupakan antara yang hadir mencuba nasib di program tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram