SATU tragedi maut dilaporkan berlaku membabitkan seorang penunggang motosikal yang terperosok dan digilis treler di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Kejadian tercetus apabila treler berkenaan yang berada dalam kawasan tapak pembinaan secara tiba-tiba mengundur ke belakang ketika sedang mengisi minyak brek.
Mangsa merupakan bapa kepada tiga orang anak berusia 32 tahun itu gagal mengelak lalu dirempuh kenderaan muatan berat tersebut dan disahkan meninggal di lokasi kejadian.
BACA LAGI: [VIDEO] Eropah di ambang perang, banyak negara mula kerah aset
Lokasi: Bangsar South, KL.
Rider meninggal dunia.
Innalillahiwainnailaihirojiun dan takziah kepada waris mangsa.
Mangsa meninggalkan 3 org anak. pic.twitter.com/ZHAiu6ZUlh
— MYNEWSHUB (@mynewshub) November 23, 2024
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zamzuri Mohd Isa mengesahkan kejadian berkenaan.
"Semasa proses mengisi minyak brek, tiba-tiba lori bergerak secara mengundur dengan sendiri lalu melanggar pagar pintu keselamatan dan masuk ke jalan utama.
"Motosikal yang cuba mengelak dari dilanggar, hilang kawalan lalu terjatuh dan terperosok bawah tayar bahagian belakang sebelah kanan.
"Pemandu pula dilaporkan mengalami kecederaan luka di dahi dan telah menerima rawatan," katanya.
Pemandu treler terbabit ditahan untuk siasatan lanjut dengan kes disiasat dibawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram