SUSULAN serangan peluru berpandu Ukraine terhadap Rusia baru-baru ini, presiden Vladimir Putin berikrar untuk terus melancarkan serangan balas terhadap negara berkenaan.
Jelasnya, peluru berpandu hipersonik Rusia merupakan senjata yang tidak dapat dihalang dan tiada cara boleh menghentikan serangan tersebut.
Ia susulan tindak balas langsung terhadap tentera Ukraine yang sebelum ini melancarkan peluru berpandu jarak jauh yang diluluskan Amerika Syarikat (AS).
BACA LAGI: [VIDEO] Eropah di ambang perang, banyak negara mula kerah aset
BACA LAGI: [VIDEO] Pemancing Vietnam maut terkena renjatan elektrik ketika lempar umpan
"Saya tekankan sekali lagi bahawa kami akan terus menguji sistem serangan terbaharu ini dan kami berhak untuk menggunakan senjata ke atas mana-mana negara yang menyerang kami," katanya.
Tambahnya, peluru berpandu baharu itu dilengkapi beberapa peledak konvensional yang boleh memusnahkan senjata nuklear.
Footage capturing a hypersonic plume generated by Russia's medium-range ballistic missile minutes before hitting its target in Dnipro.
According to a statement by Vladimir Putin, the missile can travel at Mach 10, or 10 times the speed of sound.
If you needed a sign that you... pic.twitter.com/psUZ2HcYYm
— Mikkel Thorup | Author & Podcast Host (@ThorupMikkel) November 22, 2024
Terdahulu, negara-negara Eropah kini giat bersiap sedia menghadapi kemungkinan konflik yang semakin tegang selepas Ukraine melancarkan serangan pertama menggunakan peluru berpandu MGM-140 Army Tactical Missile System (ATACMS) yang diluluskan Amerika Syarikat ke wilayah Rusia.
Serangan itu mendorong Rusia melancarkan serangan balas menggunakan peluru berpandu balistik jarak sederhana baharu selain turut mengancam untuk terus memusnahkan negara berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram