TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengalu-alukan ketibaan USS Abraham Lincoln (CVN-72), kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz ke-5 yang berlabuh di Terminal Persiaran Pelabuhan Klang (PKCT), Selangor pada Sabtu.
Cukup terkenal di pentas Hollywood, kapal pengangkut pesawat itu sebelum ini pernah muncul menerusi filem Top Gun: Maverick, yang dibintangi oleh Tom Cruise.
Disambut mesra oleh Pancaragam TLDM KD Pelandok, beberapa buah lagu disampaikan oleh pasukan diketuai major drum Bintara Muda, Mohamad Alif Rohani.
BACA LAGI: Pesona Kawah Ijen: Keindahan dan pengorbanan di sebalik asap belerang
BACA LAGI: Hanya guna perkakas dapur, DJ DIY di Kenya jadi inspirasi golongan muda cari rezeki
Dalam ada itu, kapal pengangkut pesawat Nimitz merupakan kapal induk Kumpulan 3 Carrier Strike Amerika Syarikat (AS) bersaiz besar sepanjang 76.8 meter (m).
Komander Laksamana Muda, Adan G. Cruz berkata, 5,000 anak kapal teruja untuk berkunjung ke Pelabuhan Klang dan tidak sabar untuk mempelajari budaya negara ini dan meluangkan sedikit masa di Kuala Lumpur.
Ketibaan kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln (CVN-72) disambut baik pasukan Pancaragam TLDM KD Pelandok.
“Lawatan ini merupakan kunjungan kali pertama kapal induk AS berlabuh di Malaysia sejak 2012. Ia membuktikan jalinan baik terbentuk antara Malaysia dan AS dalam bidang pertahanan, ekonomi serta diplomatik. Kami melihat ini sebagai permulaan sesuatu yang baharu.
“Jalinan ini terbentuk hasil daripada nilai kepercayaan dan hormat-menghormati demi keselamatan dan kemakmuran ekonomi kedua-dua buah negara.
Tambahnya, barisan pelayar dan marin AS tidak sabar untuk mempelajari budaya tempatan dan menikmati hidangan Malaysia.
Ditanya mengenai tujuan lawatan itu, Adan berkata, pihaknya mahu mengadakan beberapa pertemuan dengan Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan negara.
"Saya juga akan bertemu dengan rakan sejawatan saya dalam TLDM", katanya.
Pasukan marin AS tidak sabar mengadakan kunjungan ke Malaysia.
Ketika disoal tentang misi bantuan konflik Israel dan Iran, Adan berkata, perkara itu berjaya seperti yang dirancang dan kesemua objektif berjaya dicapai dengan baik.
Sementara itu, pegawai pemerintah USS Abraham Lincoln (CVN 72) Kapten Pete Riebe berkata, ia merupakan satu kejayaan berada di Malaysia selepas berada lebih 100 hari di laut.
Pelabuhan terakhir USS Abraham Lincoln adalah di Guam, wilayah pulau AS di Micronesia dekat Lautan Pasifik Barat.
"Kesemua pelayar dan marin atas kapal sangat teruja untuk berlabuh di Malaysia.
"Kami teruja untuk menginap di hotel, menikmati hidangan restoran dan juadah tempatan kerana kehidupan di laut sangat sukar.
"Kami telah membahagikan beberapa sukarelawan, untuk melawat sekolah, membantu di rumah warga emas, kemudahan penjagaan awam serta tempat ibadat,” katanya.
Pete menambah bahawa lawatan di sekitar Kuala Lumpur juga merupakan salah satu aktiviti dalam jadual perjalanannya.
“Krew kami teruja untuk turun dari kapal untuk merasai layanan mesra di sini. Saya pernah mendengar tentang hidangan nasi lemak dan tidak sabar untuk mencubanya,” katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram