Sharnaaz Ahmad serlah bakat nyanyian menerusi lagu 'Nugget', dipuji mirip kumpulan Gun N' Roses


  • Hiburan
  • Jumaat, 22 Nov 2024

Sharnaaz Ahmad melancarkan single pertamanya berjudul Nugget.

TERKENAL dengan lakonan watak antagonis, Sharnaaz Ahmad, 39, kini melebarkan sayap seninya sebagai seorang penyanyi menerusi single pertamanya berjudul Nugget.

Penulis bersama dan penerbit lagu tersebut, Dennis menganggap bakat nyanyian dimiliki Sharnaaz sememangnya semula jadi dan berpotensi besar untuk bersinar dalam bidang muzik.

BACA LAGI: 'Hanya padang mahsyar boleh jawab', Aisha Retno sedia kemuka bukti lepas dituntut bayar RM77,000 isu konsert batal

BACA LAGI: ‘Penyanyi sekarang banyak auto tune’, Bandi Amuk kecewa industri tiada kualiti, stesen radio kerap putar lagu asing

"Sharnaaz sebenarnya pelakon A-List Malaysia. Tapi korang tahu tak? Dia ada bakat semula jadi dalam muzik, terlebih dahulunya dalam genre Country Rock pasal pada dia, Country muzik ni pilihan utamanya.

"Mungkin sebab cara dia membesar, pengalaman, atau memang minat Sharnaaz yang mendalam, tapi serius, dia bawa genre ni dengan baik.

"Kalau Sharnaaz teruskan perjalanan muzik ni, saya yakin dia boleh pergi jauh," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.

Dalam pada itu, artis dan usahawan terkenal Hairul Azreen memuji nyanyian dan melodi lagu rakan karibnya itu.

"Aku ingat penyanyi Gun N' Roses tadi", ujarnya di ruangan komen.

Terdahulu, Sharnaaz turut diumumkan sebagai pemilik kelab bola sepak amatur, Carabat FC yang difahamkan bakal beraksi dalam Liga Selangor (FAS League).

Selain menyediakan platform buat pemain berbakat, Carabat FC berazam untuk berada di peringkat yang lebih tinggi dalam arena bola sepak Malaysia dan berharap mencapai lebih banyak kejayaan dalam masa terdekat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram