'K-pop in the house', bintang baru JDT boleh bantu cipta rekod untuk Syihan


  • Podium
  • Ahad, 28 Jul 2024

Park Jun-heong diumumkan sebagai pemain import baharu JDT.

PASUKAN Johor Darul Takzim (JDT) sekali lagi mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air apabila membawa masuk tenaga import baharu menjelang saingan Liga Super yang sedang berlangsung kini.

Jika sebelum ini skuad Harimau Selatan lebih gemar memilih tenaga dari Eropah, namun pemilihan Park Jun-heong dari Korea Selatan pastinya memiliki kelebihan tersendiri yang melayakkan dirinya menjadi sebahagian daripada keluarga JDT.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu hantaran di laman sosial Instagram pada Sabtu apabila memperkenalkan Jun-Heong selaku import baharu pasukan tersebut.

BACA LAGI: Piala FA: Kelibat Jalil Elias di latihan bukti masih bersama JDT, sedia ranap budak universiti

BACA LAGI: Prestasi bersama skuad kebangsaan antara sebab JDT mungkin kehilangan Jalil Elias

Pemain Korea Selatan berusia 31 tahun itu sebelum ini mewakili kelab dari Liga Thailand, Ratchaburi FC selain turut mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Portugal dan kembali bermain di Korea Selatan dengan Suwon Samsung Bluewings serta Kitchee di Hong Kong.

Berketinggian 191cm, menyaksikan persaingan sengit bakal berlaku bagi posisi pertahanan di samping pemain sedia ada seperti Jordi Amat, Shane Lowry dan Feroz Baharudin.

Kehadiran Jun-heong sekali gus mencatatkan rekod baharu sebagai pemain tertinggi dimiliki JDT ketika ini.

Dengan kelebihan itu, anak-anak buah Hector Bidoglio dijangka mampu mencipta rekod baharu tanpa bolos untuk tempoh lama, seterusnya mengungguli carta kedudukan teratas saingan musim ini hingga ke penamatnya.

"Pemain paling tinggi JDT ada, harap boleh bantu pasukan kekalkan rekod besih tanpa jaringan sampai habis musim," kata Ghaz Borhan.

"Tengok fizikal memang sesuai posisi pertahanan tengah, kalau sepakan sudut memang kita perlukan kepakaran tandukan macam dia, tinggi lampai susah dicabar," ujar Faris778.

"JDT akan cipta rekod baharu dalam saingan musim ni tanpa bolos sebiji pun, makin kebal pertahanan kita dengan adanya pemain tinggi lampai macam ni, senang je dia halang bola dalam kotak penalti," tambah Muhammad Jasli.

Untuk rekod, JDT kini kekal di puncak liga selepas berjaya memenangi keenam-enam perlawanan dengan jumlah kutipan 18 mata setakat ini.

Penjaga gol, Syihan Hazmi pada masa sama menduduki tangga teratas dengan rekod 19 'clean sheet' dalam saingan setakat ini, secara tidak langsung menguatkan lagi sasaran peminat untuk menyaksikan Harimau Selatan memahat sejarah baharu pada musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram