Harimau Muda gagal pertahan Piala ASEAN 2024, ada minta masukkan ke Liga M


  • Podium
  • Sabtu, 27 Jul 2024

Skuad Harimau Muda tewas 0-1 kepada pasukan tuan rumah, Indonesia pada kejuaraan Piala ASEAN. — FAM

SKUAD bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) gagal mengekalkan kejuaraan Piala ASEAN 2024 apabila tewas 0-1 kepada Indonesia di Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya pada Sabtu.

Anak-anak buah Juan Torres Garrido yang tampil dengan status juara Kumpulan C, bagaimanapun bermula baik pada separuh masa pertama apabila kerap melancarkan serangan dan asakan berbahaya ke arah gawang lawan.

Namun, bersambung di babak kedua perlawanan, situasi berubah apabila pasukan negara lebih banyak bertahan dan menyerap tekanan yang diberikan skuad Indonesia.

BACA LAGI: Piala FA: Kelibat Jalil Elias di latihan bukti masih bersama JDT, sedia ranap budak universiti

BACA LAGI: Prestasi bersama skuad kebangsaan antara sebab JDT mungkin kehilangan Jalil Elias

Minit ke-78 menjadi detik hitam pasukan negara apabila pasukan lawan berjaya membolosi pintu gol menerusi jaringan Muhammad Alfharezzi Buffon.

Dalam pada itu, segelintir penyokong skuad Harimau Muda menggesa agar barisan pemain sedia ada dikekalkan bagi kejohanan akan datang.

Ia susulan beberapa pemain mula meraih perhatian peminat bola sepak tanah air yang disifatkan mampu menempa nama besar jika terus diberikan pendedahan.

photo_2024-07-27_23-44-25

Skuad Harimau Muda gagal mempertahankan kejuaran Piala ASEAN selepas tewas pada Indonesia di peringkat separuh akhir. — FAM

Malah, ada yang berpendapat bahawa pemain-pemain itu diberikan peluang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

"Kekalkan sebagai satu pasukan FAM U20,dan masukkan dalam Liga M, beri pendedahan secukupnya sebagai satu pasukan, kualiti yang ada amat baik asalkan dijaga sebaiknya," kata Jazmi Hassan.

"Tak dapat nak pertahankan kejuaraan, apa pun pemain dah lakukan terbaik, corak hantaran, kawalan bola semuanya sangat baik, harap jangan dirombak pasukan ini, biar kekal agar keserasian lebih baik di masa akan datang," ujar Acek Putra Jr II.

"Kalah melawan tuan rumah dah kira bagus, sampai peringkat separuh akhir, tahniah harimau muda Malaya, nanti lawan Australia kasi menang nombor tiga," tambah Man Tolo.

Perlawanan seterusnya bakal menyaksikan perhitungan tempat ketiga menentang Australia di Gelora Bung Tomo Stadium, Surabaya pada 29 Julai.

Pasukan Thailand pula akan berentap dengan Indonesia bagi penentuan kejuaraan edisi Surabaya 2024 selepas itu di venue sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram