TINDAKAN Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menguatkuasakan permohonan Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bermula 1 Januari tahun depan disifatkan sebagai satu langkah bijak.
Seorang pengguna media sosial @SyedAkramin bersetuju langkah tersebut dilaksanakan kerana ia akan membantu membanteras jenayah dalam talian.
"Sah, MCMC lesenkan platform media sosial. Pengguna tak perlu mohon lesen.
BACA LAGI : Platform media sosial, pesanan internet wajib mohon lesen mulai 2025
BACA LAGI : Kenapa sekarang, mana Suhakam ketika anak saya dibunuh dengan kejam 7 tahun lalu? — Ayah Zulfarhan
"Ya, memang patut pun. Sekarang ini, perompak semua menyorok di belakang media sosial.
"Duit orang tua kita kena curi melalui scam, tapi tak boleh nak tangkap sebab penyedia media platform tak bagi kerjasama.
"Tahniah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Keputusan yang baik," ciapnya di laman X (Twitter) pada Sabtu.
Tambah individu tersebut lagi, permohonan lesen itu hanya perlu dimohon oleh pemberi perkhidmatan aplikasi dan tidak melibatkan pengguna.
Sementara itu, Abdul Rahman di laman Facebook turut bersetuju dengan langkah-langkah MCMC tersebut.
Katanya, penguatkuasaan itu perlu dibuat demi kebaikan rakyat memandangkan peningkatan dalam jenayah siber yang semakin meningkat pada ketika ini.
"Rakyat Malaysian amat bersetuju jika itu salah satu cara membendung gejala scammer yang semakin meningkat tuan-tuan.
"Setiap tahun berapa ramai rakyat Malaysia kerugian berbilion ringgit. Tindakan MCMC rakyat akan sokong demi kebaikan rakyat," tulisnya.
Tindakan MCMC menguatkuasakan permohonan Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bermula 1 Januari tahun depan disifatkan sebagai satu langkah bijak.
Terdahulu, MCMC dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, satu kerangka baharu akan diperkenalkan bagi melaksanakan inisiatif tersebut.
Katanya, kegagalan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil di bawah Akta 588.
penguatkuasaan itu selaras keputusan Jemaah Menteri bahawa perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan internet mesti mematuhi undang-undang Malaysia.
Menurutnya, kerangka pengawalseliaan baharu tersebut hanya terpakai kepada perkhidmatan yang memenuhi kriteria kelayakan pelesenan dan tidak melibatkan pengguna perkhidmatan tersebut.
"Langkah ini akan mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat dan pengalaman pengguna yang lebih baik, terutamanya untuk kanak-kanak dan seisi keluarga," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram