'Doa saya dimakbulkan,' bapa Zulfarhan mahu kes anaknya jadi pengajaran untuk pembuli


  • Massa
  • Selasa, 23 Jul 2024

Zukarnaian (kiri) dan isterinya Hawa Osman sujud syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam pesalah yang meragut nyawa anaknya.

BAPA kepada Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam pesalah yang meragut nyawa anaknya.

Zulkarnain Idros, 60, berkata dia dan keluarganya yang lain bersyukur dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

"Keadilan terhadap anak saya kini terbela.

BACA LAGI: Kes bunuh Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati

BACA LAGI: Kes kematian Zulfarhan: Bapa harap rayuan ditolak, keputusan penjara 18 tahun kekal

"Saya bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana telah memakbulkan doa-doa saya selama ini.

"Saya juga berharap dengan keputusan mahkamah pada hari ini akan menjadi satu pengajaran buat pembuli di luar sana," katanya kepada Majoriti.

Zukarnaian Idros,60, and wife Hawa Osman ,61, reacting after the Appeal court reinstates death penalty for six ex-UPNM sudents fatal  bullying case of their son Zulfarhan Osman Zulkarnain.at the Court of Appeal court  in Putrajaya.  (23/7/2024). —AZHAR MAHFOF/The Star

Zukarnaian Idros (kiri) dan isterinya Hawa Osman di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Tambah beliau lagi, sepanjang prosiding yang berlangsung lebih tiga jam itu, perasaannya bercampur baur apabila hakim membacakan hujah-hujah kejadian yang menimpa anak sulungnya itu.

"Tiga jam dalam 'bilik', macam-macam perasaan yang saya dan isteri alami. Marah, sedih dan kecewa semua ada.

"Alhamdulillah, dengan keputusan hari ini, saya boleh menarik nafas lega," ujarnya lagi.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut UPNM selepas didapati bersalah membunuh Allahyarham Zulfarhan Osman pada tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula pertuduhan.

Hadhariah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan tanpa keraguan munasabah tuduhan pembunuhan terhadap keenam-enam bekas penuntut yang masing-masing kini berusia 28 tahun.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram