SEORANG lelaki berkongsi kisah menjijikkan apabila pernah berdepan gangguan seksual daripada individu dipercayai seorang wanita menerusi mesej dan panggilan video secara rawak yang diterima.
Aktif dalam menyertai acara larian, individu dikenali sebagai Husin mendakwa pelaku merupakan salah seorang daripada komuniti 'runners' ekoran kenalannya di laman Facebook terdiri dalam kalangan kelompok tersebut.
Jelasnya, tujuan perkongsian itu dibuat adalah untuk meraih kesedaran ramai khususnya kaum lelaki yang disifatkan semakin menjadi sasaran gangguan seksual kebelakangan ini.
BACA LAGI: Lebih 1,000 lelaki mengadu kena gangguan seksual
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki didakwa langgar lari 2 beradik di Kuala Kangsar ditahan polis
"Demi untuk kebaikan para runners dan lelaki di luar sana, saya akan dedahkan mengenai perkara ini.
"Sebab apa saya tujukan kepada para runners? Kerana semua profile dan senarai rakan pelaku adalah di kalangan runner sahaja.
"Hampir 90 peratus yang saya kenal dan kebanyakkan kenalan dia adalah rakan-rakan saya juga.
"Dia juga dah beberapa kali mesej kawan saya tetapi mereka abaikan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Tangkap layar perkongsian tular gangguan seksual dihadapi seorang lelaki di laman Facebook.
Dalam pada itu, seorang warganet mendedahkan ia merupakan salah satu taktik penipuan atas talian yang semakin meruncing di laman sosial ketika ini.
Jelas Ibrahim Mohamed Zan, modus operandi pelaku adalah untuk melakukan gangguan seksual terhadap kaum lelaki sebelum mengugut mangsa dengan meminta wang ganti rugi atas perbuatan tidak senonoh dilakukan.
"Scam ni, biasa di akan tawarkan aktiviti tak senonoh lepas tu rakam perbuatan kita dengan muka kita terpampang dalam video.
"Lepas itu ada lelaki akan telefon mengaku suami kepada pelaku dan ugut untuk viral perbuatan kita, sudahnya melayang duit kita kena ugut.
"Lagi menyeramkan apabila di ada nombor kita dan telefon terus dalam keadaan bogel, mangsa pun mamai terlayan sekali dan dorang akan paksa untuk bayar kalau tak kena viral," ujarnya.
Namun, difahamkan setakat ini masih belum ada sebarang laporan polis dibuat berhubung hal itu dan perkongsian tersebut tular di laman Facebook sejak Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram