[VIDEO] Enam beranak maut SUV dirempuh kereta api di Deli Serdang


  • Benua
  • Selasa, 23 Jul 2024

Sebuah kereta jenis Toyota Rush dirempuh kereta api dan mengorbankan enam beranak di kampung Pagar Jati, Lubuk Pakam, Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia. — Agensi

SATU kemalangan ngeri dilaporkan berlaku membabitkan enam sekeluarga yang maut selepas kereta dinaiki dirempuh kereta api di kampung Pagar Jati, Lubuk Pakam, Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia pada Ahad.

Seorang mangsa yang merupakan isteri terselamat namun difahamkan dalam keadaan kritikal dan kini sedang dirawat di hospital.

Kejadian berlaku apabila kereta jenis Toyota Rush itu cuba melintas landasan kereta api terbabit sebelum didatangi gerabak kereta api yang terus merempuh kenderaan dinaiki mangsa.

BACA LAGI: [VIDEO] Saksi kemalangan terkedu dapat panggilan 'My Lovely Wife', menitik air mata kena sampaikan berita mangsa maut rempuh treler di Shah Alam

BACA LAGI: [VIDEO] Saksi sayu, suami tersepit kemalangan jatuh gaung di Kulim, panggil isteri maut berkali-kali tidak menyahut

Mangsa yang maut terdiri daripada Ramses Manullang, 51, lima anaknya iaitu Gabriella Dwiyana Manullang, 28, Sarah Tabita Manullang, 26, Yohanes Manullang, 24, David Junior Manullang, 22, dan Niko Monang Manullang, 20.

Ketua Polis Daerah Lubuk Pakam, Ajun Komisaris Polisi (AKP) Rusdi mengesahkan kejadian tersebut dan kemalangan itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 12.25 tengah hari.

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

623202412057

"Kereta terbabit pada mulanya datang dari arah Rantau Prapat, Kabupaten Labuhanbatu menuju ke Kota Medan, Indonesia.

"Namun tindakan Toyota Rush yang melintasi landasan kereta api tersebut memakan diri apabila dirempuh sekali gus mencetuskan kemalangan di lokasi berkenaan.

"Kenderaan terbabit musnah sepenuhnya dan tercampak di tengah sawah padi," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram