Kali terakhir dikesan di JB, Dhania Maisara ditemukan selamat di KTM Arau


  • Tular
  • Isnin, 22 Jul 2024

Dhania Maisara ditemukan selamat di stesen kereta api Arau, Perlis pada Isnin.

SEORANG remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu ditemukan selamat di stesen kereta api Arau, Perlis pada Isnin.

Penemuan itu disahkan ahli keluarga mangsa, Suhaili Ghazali menerusi hantaran di laman Facebook kira-kira pukul 9.30 malam selepas kedua-duanya dilihat berada di Balai Polis Arau.

"Alhamdulillah dah jumpa, depa jumpa di KTM Arau, sekarang ada di Balai Polis.

BACA LAGI: Remaja perempuan asal Kedah hilang sejak 5 hari, 'trace' iPhone kali terakhir dikesan di Johor Bahru

BACA LAGI: Kanak-kanak hilang, pemilik kafe tawar RM10,000 jika dapat kesan Leo Jia Hui

"Terima kasih semua yang kongsi, telefon dan mesej semua, kuasa viral cepat dan pantas, terima kasih," katanya.

2816124

Dhania Maisara dilaporkan hilang dari kediamannya di Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah.

Terdahulu, Majoriti melaporkan Dhania Maisara Muhammad Suhairi, 13, hilang selepas kali terakhir keluar makan bersama rakannya pada Khamis lalu.

Mangsa yang berasal dari Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Kedah itu difahamkan tidak pulang ke kediamannya sejak dari hari kejadian dan jejak Dhania dikesan kali terakhir berada di Johor Bahru, Johor.

Tiada sebarang kesan kecederaan dialami mangsa dengan punca kehilangan masih belum dipastikan setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram