PM Anwar umum imbuhan RM10,000 buat pemain, jurulatih sepak takraw negara


  • Primer
  • Isnin, 22 Jul 2024

Pasukan sepak takraw negara muncul juara pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 Mei lalu.

BARISAN pemain dan jurulatih pasukan sepak takraw negara menerima 'durian runtuh' apabila diberikan ganjaran RM10,000 susulan kemenangan mereka pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 Mei lalu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mengadakan pertemuan dengan pasukan kebangsaan selepas kejayaan mereka memenangi pingat emas dan merangkul gelaran juara berganda dalam kejohanan tersebut.

"Setinggi-tinggi tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan sepak takraw negara kerana telah mengharumkan nama negara dan menaikkan imej serta taraf sepak takraw negara di persada dunia," katanya menerusi hantaran Facebook pada Isnin.

BACA LAGI: [VIDEO] Malaysia jumpa Thailand di final Piala Dunia Sepak Takraw

BACA LAGI: [VIDEO] Duo Aidil-Aizat julang Piala Dunia, ultras Malaysia punca tekong Thailand 'koyak' terduduk di Titiwangsa

Beliau dalam pada masa sama turut membincangkan beberapa perkara antaranya keperluan untuk menubuhkan stadium sepak takraw negara, status sukan sepak takraw sebagai sukan bukan teras, peluang melanjutkan pelajaran, prospek kerjaya dan kebajikan atlet sepak takraw.

Untuk rekod, skuad sepak takraw negara melakar sejarah apabila menamatkan penguasaan Thailand dengan menewaskan mereka pada perlawanan akhir kedua-dua acara regu dan berganda dengan jaringan 2-0 pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, penantian 33 tahun skuad sepak takraw negara untuk bergelar juara dalam acara regu berpasukan gagal diteruskan, selepas tewas kepada Thailand 1-2 pada perlawanan akhir. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram