DALAM suasana urban yang semakin sibuk, rakyat Malaysia kini menzahirkan keperluan mendesak untuk lebih banyak taman permainan dan ruang riadah diwujudkan berbanding pusat beli-belah.
Seorang pengguna media sosial, Aiman Psikologi berkata, keperluan mewujudkan tempat seperti taman rekreasi semakin ketara selepas dia melihat kebanyakan penduduk bandar lebih menghargai kawasan hijau dan tempat untuk beriadah berbanding dengan kemudahan beli-belah yang semakin bertambah.
"Ada nampak taman permainan baru yang tular di Bangi Avenue Kingdom dekat Kajang Selangor? Sebenarnya, kawasan itu ialah lokasi kegemaran kami sekeluarga sejak awal pindah sini pada tahun 2020 dulu.
BACA LAGI : [VIDEO] Ingatkan potong ayam, penduduk kampung di Indonesia kaget rupanya ‘kawan makan kawan’
BACA LAGI : [VIDEO] Wanita trauma ditumbuk lelaki mental, abang ipar desak tindakan segera pihak berkuasa
"Di sinilah tempat anak-anak kami bermain skuter, kereta tolak, belajar naik basikal, dan sebagainya. Kawasannya tenang, malam pula cantik, dan makanan di sekeliling memang sedap-sedap. Memang tempat 'healing' kami sekeluarga kalau nak luang masa bersama.
"Tetapi sejak taman yang tular itu siap dan semakin ramai keluarga singgah (sehingga jadi padat dan sesak), ada satu perkara yang saya mula sedar iaitu kawasan ini menjadi contoh jelas tentang betapa tingginya permintaan untuk taman permainan dan ruang riadah luar," ciapnya di laman X pada Isnin.
Taman-taman yang hijau dan kawasan rekreasi boleh menjadi alternatif yang lebih sihat dan menyenangkan. — X/@AimanPsikologi
Susulan itu, Aiman yang juga psikologi klinikal berharap agar lebih banyak kemudahan seperti itu dibina berbanding pusat belah.
Katanya, integrasi ruang luar yang selesa ini menunjukkan bahawa bandar besar tidak semestinya memerlukan pusat beli-belah di setiap penjuru untuk memenuhi keperluan penduduk.
Jelasnya, taman-taman yang hijau dan kawasan rekreasi boleh menjadi alternatif yang lebih sihat dan menyenangkan.
"Maksud saya ialah nampak tak betapa tingginya permintaan ibu bapa nak bawa anak-anak main di luar?
"Suasana pula redup sebab banyak pokok, bangku merata-rata untuk duduk rehat, fasiliti pun lengkap daripada makan, solat dan ke tandas.
"Jadi, mungkin kita boleh integrasikan 'outdoor' dan 'selesa'. Tak semestinya perlu ada pusat beli belah di setiap bandar yang ada kat Malaysia ini.
"Bagi anak-anak kita sihat sikit, keluar tengok dunia lebih kerap," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram