[VIDEO] Melambung terpasak 4 biji tayar ke atas, kereta terbalik betul-betul depan Balai Polis Setapak


  • Tular
  • Khamis, 18 Jul 2024

Tangkap layar kereta SUV yang terbalik selepas terlibat kemalangan di hadapan Balai Polis Setapak, Jalan Genting Kelang pada Rabu.

SEORANG lelaki dipercayai cedera selepas kenderaan yang dipandunya terlibat dalam sebuah kemalangan di hadapan Balai Polis Setapak, Jalan Genting Kelang, Kuala Lumpur pada Rabu.

Kejadian malang itu juga berjaya dirakam kamera papan pemuka (dashcam) orang awam yang berada di tempat kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita trauma ditumbuk lelaki mental, abang ipar desak tindakan segera pihak berkuasa

BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan potong ayam, penduduk kampung di Indonesia kaget rupanya ‘kawan makan kawan’

Melalui maklumat awal yang dikongsikan di laman media sosial, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan lalu terbalik.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, seorang warga maya Ainnudin Annuar mendakwa kenderaan SUV berkenaan dipandu laju sebelum kemalangan itu berlaku.

"Kereta itu laju sebelum dia merempuh kenderaan Mazda dan batu penghadang jalan di tengah-tengah jalan raya itu," tulisnya.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

MENYUSUL...