TINDAKAN seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental menumbuk seorang wanita di sebuah kawasan premis kedai dekat Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor pada Ahad lalu mengundang kegusaran orang ramai.
Manakan tidak, melalui video yang dimuat abang ipar mangsa, Amirul Miroy di laman Facebook pada Rabu memaparkan lelaki berkenaan tiba-tiba menumbuk mangsa.
Tambahan pula, kejadian itu didakwa bukan kali pertama berlaku melibatkan orang awam.
BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan potong ayam, penduduk kampung di Indonesia kaget rupanya ‘kawan makan kawan’
BACA LAGI: [VIDEO] Padah bermulut puaka, enggan bayar hutang lelaki maut dibakar rakan di Kemboja
"Assalamualaikum kepada penduduk Kampung Nakhoda, mesti ramai kenal atau selalu orang nampak dia kedai makan dengan jalan kaki berseorangan.
"Saya tahu saya tahu dia ada masalah mental, saya mohon ambil tindakkan sebab membahayakan orang awam yang lain.
"Adik ipar saya baru sahaja kena tumbuk di kepala sehingga menyebabkan dia ketakutan dan trauma. Tolong ambil tindakan segera," tulisnya.
Kau dah kenapa bang? pic.twitter.com/bnRJQTzeyW
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) July 17, 2024
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penduduk di sekitar kawasan tersebut meminta pihak polis atau pihak yang terlibat mengambil tindakan dengan kadar segera.
Seorang warga maya, Muhd Irman mendakwa pernah dikasari lelaki yang sama pada tahun lalu.
"Tahun lepas, aku pernah kena dengan dia. Nasib baik sempat elak tapi itulah, dia baling batu pada kereta. Risau dia 'buat gila' cederakan orang lain sampai hilang nyawa," tulisnya.
Sementara itu, Umirul Roslan pula mencadangkan agar lelaki yang mengalami masalah mental berkenaan dihantar ke pusat rawatan mental.
"Ahli keluarga atau mana-mana pihak yang berwajib sepatutnya hantar lelaki tersebut ke tempat khas yang sepatutnya seperti hospital mental. Bahaya untuk orang awam," katanya.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram