[VIDEO] Ingatkan potong ayam, penduduk kampung di Indonesia kaget rupanya ‘kawan makan kawan’


  • Benua
  • Rabu, 03 Jul 2024

Tangkap layar satu kejadian pembunuhan ngeri yang berlaku di Jawa Barat pada Ahad lalu apabila suspek telah mengerat badan mangsa beberapa bahagian. — Agensi

NGERI, hanya itulah perkataan yang sesuai menggambarkan satu kejadian pembunuhan yang berlaku di Jawa Barat, Indonesia pada Ahad lalu.

Manakan tidak, dalam kejadian yang berlaku di Kampung Bantar Limus dekat Desa Sancang di Garut, seorang lelaki telah membunuh rakannya sendiri.

Lebih sadis lagi, suspek yang hanya dikenali sebagai Erus telah mengerat badan mangsa kepada beberapa bahagian di tepi jalan tanpa rasa bersalah.

BACA LAGI : [VIDEO] Padah bermulut puaka, enggan bayar hutang lelaki maut dibakar rakan di Kemboja

BACA LAGI : [VIDEO] Wanita Pontianak hilang nyawa jatuh treadmill, terpelanting dari tingkat 3 gimnasium

Seorang saksi, Nining berkata, dia menyedari kejadian tersebut pada pukul 12.30 tengahari Ahad.

"Saya ingatkan suspek sedang memotong ayam. Namun, bila saya datang dengan lebih dekat rupanya tubuh manusia yang telah dikerat beberapa bahagian.

"Saya tak kenal suspek, bukan orang kampung sini," katanya pada Isnin.

(KLIK LINK UNTUK TONTON VIDEO)

66827b6bdd894

Menurut saksi, suspek menutup keratan anggota badan mangsa dengan daun pisang. — Agensi

Tambah suspek lagi, keratan badan itu juga ditutup dengan menggunakan daun pisang.

Ketua Polis Garut, Ari Rinaldo mengesahkan kejadian tersebut dan suspek telah pun direman.

Sementara itu, memetik laporan media antarabangsa, detikjabar pada Selasa melaporkan suspek yang berusia 23 tahun turut bertindak memakan daging mangsa.

Perkara itu disahkan melalui video tular yang memaparkan Erus dilihat mengunyah sesuatu dipercayai daging di samping mayat mangsa.

Jelas Ari Rinaldo, dalam video tersebut, suspek memang kelihatan sedang makan sesuatu.

"Kami masih menyiasat kes tersebut. Berdasarkan hasil autopsi mayat, mangsa dikerat kepada 12 bahagian.

"Di lokasi, kami menemui dua potongan tubuh, iaitu badan dan kepala sampai pinggang. Bahagian yang lain ada dalam guni," ujarnya pada Selasa.

Kejadian pembunuhan ngeri ini juga turut menjadi bualan dalam kalangan warga maya di Malaysia selepas video Erus tersenyum ketika memegang mayat rakannya itu kini tular sejak Selasa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram