[VIDEO] Suami pelakon Indonesia Jennifer Coppen maut kemalangan


  • Benua
  • Jumaat, 19 Jul 2024

Dalli Wasink (kanan) meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Bali pada Khamis.

SUAMI kepada pelakon dan penyanyi Indonesia kepada Jennifer Coppen, Dalli Wasink meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada Khamis.

Dalli, 22 tahun dilaporkan maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas dalam kemalangan di Seminyak dekat Bali, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Denpasar, Ketut Sukadi berkata, dalam kejadian pukul 2 pagi itu, mangsa sedang menunggang sebuah motosikal jenis Kawasaki di lokasi tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita trauma ditumbuk lelaki mental, abang ipar desak tindakan segera pihak berkuasa

BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan potong ayam, penduduk kampung di Indonesia kaget rupanya ‘kawan makan kawan’

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

Screenshot 2024-07-19 105738

"Dalli yang bergerak dari arah utara ke selatan secara tiba-tiba tidak dapat mengawal motosikalnya lalu terbabas ke kanan jalan raya sebelum merempuh pengadang jalan.

"Impak daripada rempuhan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.

"Dalli meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital," katanya.

Terdahulu, Jennifer Coppen memaklumkan khabar duka kematian suaminya itu di Instagram miliknya.

Pada masa sama, turut tular beberapa video dan gambar memaparkan insiden kemalangan yang telah meragut nyawa Dalli. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram