Dah lama 'uninstall' walaupun tak perlu kemas kini status Covid-19, masih ramai tak tahu fungsi lain MySejahtera


  • Massa
  • Rabu, 17 Jul 2024

Rakyat Malaysia sudah tidak perlu lagi memuat naik status keputusan ujian Covid-19 ke dalam aplikasi MySejahtera.

RAKYAT Malaysia tidak lagi perlu memuat naik status keputusan ujian Covid-19 ke dalam aplikasi MySejahtera, berkuat kuasa Selasa.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, sebaliknya, ia hanya akan dilaporkan pengamal perubatan melalui sistem eNotifikasi yang diguna pakai KKM dan semua fasiliti kesihatan untuk memantau serta memaklumkan kes penyakit berjangkit di dalam negara.

Menurut KKM, ujian pengesahan bagi Covid-19 juga hanya akan dilakukan melalui kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) profesional yang diselia atau dilakukan petugas kesihatan serta ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).

BACA LAGI: [VIDEO] Selain MyKad, minta tunjuk aplikasi MySejahtera elak pelancong Indonesia ambil kesempatan beli tiket murah

BACA LAGI: Covid-19 naik hampir 2 kali ganda, pakar jelas jumlah penularan bukan satu-satunya petunjuk tahap keseriusan jangkitan

Some of the foreign workers hang out after the MCO relexation at jalan Silang in Kuala Lumpur yesterday.—19/09/2021/s.s.kanesan/The star.

Majoriti masyarakat mengakui sudah lama menyahaktif aplikasi MySejahtera daripada peranti masing-masing.

Pengumuman itu mendatangkan reaksi pelbagai dalam kalangan rakyat, dengan rata-ratanya meluahkan rasa lega susulan tidak perlu lagi memuat naik status Covid-19 dalam aplikasi berkenaan.

Malah, majoriti masyarakat juga mengakui sudah lama menyahaktif aplikasi MySejahtera daripada peranti masing-masing.

Menurut Syamimisyazli, dia dan keluarga memutuskan untuk tidak menggunakan aplikasi tersebut sejak dua tahun lalu.

Jelasnya, tindakan itu dibuat selepas kes kumulatif pandemik yang menular di Malaysia pada Januari 2020 itu mula menunjukkan penurunan.

"Rasanya memang ramai dah uninstall aplikasi ini, tak nampak apa kegunaannya lagi. Buat berat simpanan data telefon pintar sahaja," katanya.

Bagi Sammera pula, dia sudah tidak melihat penggunaan aplikasi MySejahtera sebagai satu keperluan yang penting ketika ini.

"Pelik masih ada lagi ke orang guna MySejahtera ya? Saya dah lama padam, tak nampak keperluan nak simpan pun," tulisnya.

Bagaimanapun, terdapat sesetengah individu yang menjelaskan bahawa aplikasi tersebut masih boleh disimpan kerana selain Covid-19, ia juga boleh digunakan untuk menyimpan maklumat kesihatan diri yang lain.

Ujar Azuan HFZ, MySejahtera boleh digunakan untuk membuat janji temu di klinik kesihatan di bawah KKM.

"Nak pergi klinik kesihatan kena guna MySejahtera untuk buat janji temu, jangan buang.

"Lagipun rekod derma darah, jenis darah dan sijil vaksin semua dalam itu. Semalam baru kena, nak buat pemeriksaan kena appointment pakai MySejahtera," katanya.

"Bagus juga aplikasi ini ada sebab rekod derma darah semua ada dalam ini, walaupun buku derma darah hilang," ujar Incik Aremier. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram