KHTP, Beaver Properties Group bekerjasama perkenal hotel jenama antarabangsa


  • Bizz
  • Isnin, 15 Jul 2024

Mohd Sahil (tengah) bersama wakil daripada The Ascott Limited, Beaver Properties dan KTPC di KHTP.

PEMAJU Beaver Properties Group dan Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan pembangunan lapangan hijau di Kulim Hi Tech Park (KHTP).

Beaver Properties Group menandatangani perjanjian bersama Ascott International Management (Malaysia) Sdn Bhd (Ascott) untuk memperkenalkan hotel empat bintang pertama di bawah jenama HARRIS di KHTP secara rasmi.

Inisiatif tersebut bertujuan merangsang dan menyuntik gelombang baharu momentum ekonomi ke dalam KHTP dan kawasan sekitarnya.

BACA LAGI: 'Ukur baju di badan rakyat', kerajaan, pemaju diminta bina rumah ikut kemampuan semasa

BACA LAGI: Ayat stereotaip permulaan curang, peguam syarie dedah skandal bermula di pejabat buat ramai suami tersakiti

WhatsApp Image 2024-07-15 at 11.45.03

Hotel HARRIS Kulim dijangka menyediakan sebanyak 216 bilik hotel deluxe, unit satu bilik dan dua bilik bagi memenuhi keperluan tetamu yang berbeza.

Dijadualkan dibuka pada tahun 2027, HARRIS Hotel Kulim akan ditempatkan di lokasi strategik menerusi projek pembangunan bersepadu yang dikenali sebagai Beaver Midtown Kulim (BMK).

Hotel HARRIS Kulim dijangka menyediakan sebanyak 216 bilik hotel deluxe, unit satu bilik dan dua bilik bagi memenuhi keperluan tetamu yang berbeza, dengan tumpuan kepada kemudahan MICE (Meeting - Mesyuarat, Incentive - Insentif, Conference - Persidangan dan Exhibition - Pameran).

BMK seluas 9.6 ekar itu juga akan merangkumi 41 unit komersial, ruang pejabat (Ruang Pejabat Dibina dengan Tujuan) dan tiga unit pandu lalu, yang menjadikannya projek komersial utama di KHTP.

Secara keseluruhannya, Nilai Pembangunan Kasar (GDV) untuk pembangunan BMK tersebut mencecah nilai kira-kira RM250 juta.

Ia bukan sahaja dapat memacu ekonomi serantau secara keseluruhan, tetapi juga mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan dan meningkatkan daya maju komersial KHTP.

Perjanjian pengurusan telah ditandatangani bersama oleh dua pihak iaitu Beaver Scott Sdn Bhd yang merupakan syarikat subsidiari Beaver Properties Group dan Ascott, pengendali penginapan bersepadu dan dimiliki sepenuhnya oleh CapitaLand Investment Limited yang berpusat di Singapura.

Kedua pihak secara sepakat menandatangani perjanjian dengan disaksikan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulan KTPC, Datuk Mohd Sahil Zabidi.

Dalam perjanjian tersebut, Ascott akan mengendalikan Hotel HARRIS Kulim yang terletak dalam projek pembinaan Beaver Midtown Kulim. Ascott kini mengendalikan 19 hotel dan perumahan servis yang beroperasi di seluruh Malaysia.

Projek berkenaan telah mendapat perhatian yang ketara daripada kedua-dua sektor hartanah dan perindustrian dan dianggap sebagai bahagian penting dalam usaha mengukuhkan serta melengkapkan keseluruhan ekosistem KHTP.

Pengarah Kumpulan dan juga Pengarah Bahagian Jualan dan Pemasaran, Oon Chai Sheng ketika memperkenalkan projek BMK berkata, selain Hotel HARRIS yang berada di bawah pengurusan Ascott, tiga unit kedai berkonsepkan pandu lalu akan turut dibuka dalam kawasan tersebut berserta dengan 41 buah unit kedai pejabat separa terpisah tiga tingkat dan sebuah unit kedai pejabat terpisah lima tingkat.

Sebuah taman penuh kehijauan seluas hampir ekar yang direka oleh arkitek landskap antarabangsa merupakan sentuhan akhir yang diramal akan menaikkan seri estetik keseluruhan Taman Hi-Tech Kulim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram