[VIDEO] Dah nampak ada yang tak kena, 'rider' parah dirempuh pemandu semberono dekat simpang stesen minyak Sungai Petani


  • Tular
  • Isnin, 15 Jul 2024

Tangkap layar memaparkan kemalangan membabitkan sebuah kenderaan dengan motosikal di Seri Wang, Sungai Petani, Kedah pada Ahad.

SEORANG penunggang p-hailing dipercayai mengalami kecederaan selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Seri Wang, Sungai Petani, Kedah pada Ahad.

Nahas tersebut dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) kenderaan lain dan dikongsikan di laman Facebook pada Isnin.

Terdapat dua rakaman yang dimuat naik, dengan video pertama memaparkan tindakan pemandu tersebut memandu dalam keadaan melulu dan membahayakan, sebelum melanggar penunggang motosikal berkenaan di simpang tiga berdekatan stesen minyak.

BACA LAGI: [VIDEO] Sita dan kompaun tak cukup, perkenal undang-undang baharu termasuk sebat hukum peniaga warga asing

BACA LAGI: [VIDEO] Penjaja warga asing tak serik-serik, tetap berniaga meski dah beberapa kali disita

WhatsApp Image 2024-07-15 at 15.14.04

Kereta tersebut terbabas masuk ke dalam sebuah parit besar.

Sementara itu, video kedua menunjukkan kereta tersebut terbabas masuk ke dalam sebuah parit besar.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pemandu berkenaan pada mulanya memberikan alasan terlepas simpang hingga menyebabkannya membelok secara tiba-tiba sebelum berlaku kemalangan dengan seorang penghantar makanan.

Menurutnya, kejadian pada jam 4.25 petang di hadapan sebuah stesen minyak di Taman Sri Wang itu berlaku apabila pemandu kereta berusia 20-an dikatakan terlanggar penunggang motosikal tersebut ketika ingin membelok.

"Pemandu kereta yang panik dikatakan bergegas meninggalkan kawasan kemalangan dipercayai akibat ketakutan sementara mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi dan pipi selain calar di bahagian tangan dan kaki.

"Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, kereta yang dipandu lelaki terbabit dilaporkan telah terjatuh ke kolam takungan najis lebih kurang 100 meter dari lokasi kejadian pertama," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram