[VIDEO] Lelaki disyaki serang Trump ketika berkempen maut ditembak ejen Secret Service AS


  • Benua
  • Ahad, 14 Jul 2024

Trump dilihat mengalami pendarahan di telinganya selepas ditembak ketika berkempen pada perhimpunan calon di Pennsylvania pada Ahad pagi (waktu tempatan). — Agensi

BEKAS Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump cedera selepas terkena tembakan pada perhimpunan calon di Butler, Pennsylvania pada Ahad pagi (waktu tempatan).

Beliau ketika itu sedang berucap menjelang pilihan raya bagi menentang Joe Biden dan merebut semula jawatan presiden negara itu.

Ahli perniagaan itu dilihat mengalami pendarahan di telinga kanannya sebelum pegawai penguat kuasa undang-undang bersenjata bergegas ke arahnya lalu membawanya pergi.

BACA LAGI: Penyertaan BRICS: Pembangkang minta kerajaan waspada matlamat politik blok perjanjian ekonomi baharu

BACA LAGI: Status kerusi tradisi tak beri jaminan, skrip Sungai Bakap berpotensi berulang di Nenggiri

Beliau dalam pada itu sempat menunjukkan isyarat penumbuk sewaktu diiringi ke kenderaan oleh Perkhidmatan Rahsia (Secret Service) negara.

Perkhidmatan Rahsia memaklumkan Trump kini berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa di kemudahan perubatan tempatan dan Rumah Putih.

Menurut sumber penguatkuasaan undang-undang, lelaki bersenjata itu dipercayai melepaskan beberapa das tembakan dari atas sebuah bangunan yang berada di luar perimeter keselamatan.

Suspek tembakan itu bagaimanapun berjaya dibunuh oleh pasukan penyerang Perkhidmatan Rahsia.

GSZ50JDXUAAZcdP

Trump mengalami kecederaan selepas peluru terkena telinga kanannya.

Dalam pada itu, seorang orang awam dipercayai berdiri di belakang Trump di atas podium dilaporkan turut terbunuh dalam insiden berkenaan.

"Peluru tersebut mungkin terpesong dari kaca sebelum terkena muka Trump," katanya.

Pada masa sama, dua lagi penonton dilaporkan cedera parah.

“Insiden itu sedang disiasat sebagai cubaan membunuh.” kata sumber kepada Reuters.

Trump adalah seorang ahli perniagaan, personaliti televisyen, dan ahli politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 dari 20 Januari 2017 hingga 20 Januari 2021.

Trump juga terkenal dengan program realiti televisyen The Apprentice yang disiarkan dari tahun 2004 hingga 2015. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram