'Suka-suka cuti sakit, curi tulang', segelintir staf kerajaan dikritik abai tanggungjawab hakiki di pejabat


  • Massa
  • Isnin, 24 Jun 2024

Kakitangan kerajaan didakwa kerap mempamerkan sikap malas dan sambil lewa ketika bertugas di pejabat. — Gambar hiasan

SEGELINTIR kakitangan kerajaan disifatkan sebagai golongan pemalas dan gemar 'mencuri tulang' ketika tempoh bekerja.

Pandangan skeptikal itu dilontarkan seorang pengguna menerusi hantaran di laman sosial pada Sabtu ekoran sikap curi tulang dan kerja sambil lewa yang dikatakan telah menjadi kebiasaan dalam kalangan pekerja awam.

Jelas Nad MY di laman X, sisi negatif sektor awam tidak diambil tindakan pihak berkuasa dengan golongan terbabit seperti sudah lali dengan perangai sedemikian yang dikatakan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas di pejabat.

BACA LAGI: Bukan setakat penjawat awam, potong juga elaun dan gaji ahli Parlimen kaki ponteng

BACA LAGI: Politik pejabat, jadi 'kambing hitam ' antara sebab Gen-Z, milenial tak minat jawatan pengurus — Kajian

"Sampai kiamat pun staf kerajaan akan merasa paling istimewa dalam segala hal, suka-suka buat baca yasin, hilang dari pejabat, bawak anak jenis buluh betong masuk pejabat.

"Suka curi masa bekerja, naya staf dengan bagi markah prestasi rendah kerana tak tahu jilat majikan dan banyak lagi," dakwanya.

msg-468649021-51968

Hantaran tular di laman sosial yang mengkritik kakitangan kerajaan.

Namun, hantaran itu turut menerima kritikan warganet yang tampil mempertahankan tuduhan tersebut.

Menjelaskan kepentingan sektor awam dan tugas berat dipukul selaku pekerja kerajaan, seorang suami berkongsi kesusahan dihadapi isterinya yang difahamkan bekerja sebagai akauntan di sebuah hospital.

"Jangan menuduh sangat, meh ganti kerja isteri saya sebagai akauntan di Kementerian Kesihatan.

"Setiap bulan perlu buat audit luaran yg memerlukan beliau berada di sesuatu negeri selama seminggu tinggalkan keluarga, balik daripada luar negeri, perlu buat laporan.

"Bawa kerja ofis di rumah, dia nak beli sarapan pun selalunya tak sempat, saya la pergi belikan awal pagi lepas solat subuh, jangan mulut puaka sangat.

"Dalam mana-mana organisasi tak kira sektor kerajaan atau swasta, ada je yang suka curi tulang, sebaiknya lebih jelas, siapa, dari bahagian mana dan kementerian mana yang buat awak sakit hati tu," kata Jairi Johari.

Untuk rekod, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lalu, mengumumkan perkhabaran baik buat penjawat awam iaitu kenaikan gaji melebihi 13 peratus mulai Disember ini.

Kenaikan itu merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion berikutan jumlah kenaikan yang besar dan terbaik dalam negara.

Majoriti sedang mendapatkan reaksi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berhubung dakwaan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram