JKM siasat kes budak perempuan kena pukul anak jiran sampai terlantar di HKL — Nancy Shukri


  • Primer
  • Jumaat, 19 Apr 2024

Kes buli melibatkan seorang kanak-kanak perempuan di Hulu Langat, Selangor disiasat JKM.

KISAH tular kanak-kanak perempuan yang teruk dibuli sekumpulan budak sekolah dalam kejadian di Hulu Langat, Selangor mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy dalam ciapan di Twitter (X) berkata, pegawai Jabatan Khidmat Masyarakat (JKM) telah berhubung dengan ibu kepada kanak-kanak tersebut.

BACA LAGI: 'Kesian kaki ketuk batu bata, kemaluan dicucuk jari', jiran bantu tuntut bela kanak-kanak perempuan kena pukul budak sekolah

photo_6129738236810083367_x

Nancy (kanan) memberi respons terhadap kes tersebut.

BACA LAGI: KPB digesa siasat insiden bakar beras di Pahang — Mat Sabu

Katanya, kes itu juga sedang disiasat oleh Unit Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat.

"KPWKM sentiasa mengambil berat tentang kes-kes yang berkaitan dengan keselamatan dan pelindungan kanak-kanak," katanya.

Sebelum ini, tular satu dakwaan mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Cahaya dipukul sehingga cedera parah di kaki, perut, hidung dan anggota sulitnya.

Kejadian itu juga melibatkan seramai empat individu yang terdiri daripada pelajar sekolah iaitu seorang murid lelaki berumur tujuh tahun (darjah satu), dua murid perempuan lapan tahun (darjah dua) dan seorang pelajar lelaki 14 tahun (tingkatan dua). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram