[VIDEO] Belum tentu dapat kerja, ramai dakwa karnival kerjaya sebenarnya scam


  • Massa
  • Rabu, 19 Jun 2024

Terdapat dakwaan bahawa penganjuran pameran kerja dianggap sebagai satu bentuk penipuan. — Gambar hiasan

PENGANJURAN karnival kerjaya merupakan antara insiatif pihak tertentu dalam usaha menawarkan maklumat, peluang dan penempatan pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Saban tahun, dapat dlihat pelbagai syarikat yang turun padang untuk bersama-sama menjayakan inisiatif tersebut.

Bagaimanapun, baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan bahawa penganjuran program yang berbentuk seperti itu sebenarnya hanyalah satu penipuan semata-mata.

BACA LAGI: Mangsa ugut ibu bapa sendiri, antara kes scammer 'pelik bin ajaib' pernah berlaku di Malaysia

BACA LAGI: Tak mudah nak hapuskan, jangan senangkan kerja scammer

Menerusi satu audio siar (podcast) yang dimuat naik di aplikasi TikTok @rehatsantaistudio, seorang lelaki menyuarakan pandangan dan pengalaman peribadinya sewaktu mengunjungi karnival kerjaya yang diadakan di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai kriteria pengambilan, individu tersebut mempersoalkan tindakan segelintir syarikat bertindak mengenakan syarat-syarat yang dianggap tidak wajar.

Malah katanya, tiada apa yang diperoleh sepanjang kunjungannya ke situ, melainkan maklumat berkaitan syarikat yang terlibat dalam pameran berkenaan.

"Sejujurnya, tiada apa-apa yang saya dapat dari sana. Saya (hanya) dapat pendedahan daripada beberapa syarikat, apa yang mereka cari dari segi pengambilan pekerja dan jawatan kosong.

"Kalau suka, mereka mungkin akan panggil anda untuk sesi temu duga, tetapi setakat ini saya tidak menerima satu panggilan pun daripada mana-mana syarikat.

"(Hal ini) yang menyebabkan saya percaya bahawa kadangkala pameran kerja seperti ini dianggap sebagai satu penipuan," katanya.

Lelaki itu turut menjelaskan satu contoh situasi atau syarat pengambilan yang dirasakan tidak rasional.

Jelasnya, kebanyakan syarikat mencari graduan yang baru menamatkan pengajian untuk bekerja di bawah mereka.

Namun, walaupun mereka mencari graduan baharu, pada masa sama, mereka juga mahukan individu yang mempunyai minimum dua hingga tahun pengalaman bekerja.

WhatsApp Image 2024-06-19 at 12.34.45

Tangkap layar pandangan orang ramai berhubung penganjuran karnival kerjaya.

"Jadi bagaimana dengan graduan yang tidak mempunyai pengalaman, sedang mencari kerja, dan sudah mengganggur untuk beberapa bulan dan melihat ini (karnival kerjaya) sebagai satu peluang untuk mereka dapatkan pekerjaan?

"Sejujurnya bagi saya, ia membuang masa sebab mereka tidak spesifik dalam menyatakan kriteria pekerja yang dicari.

"Jika mahukan graduan baharu, tidak perlulah masukkan dua hingga tahun pengalaman bekerja (sebagai syarat).

"Jika perlukan individu yang ada pengalaman, nyatakan secara jelas," tambahnya.

Jelas lelaki itu lagi, terdapat juga syarikat yang mencari seorang pengurus dengan sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman.

"Dalam masa sama turut menetapkan syarat umur yang muda. Mungkin umur dalam lingkungan 20 ke 30 tahun. Adakah ia masuk akal?" soalnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram